Rockbund Fishing Chalet Lumut

Rockbund Fishing Chalet terletak di Marina Island,Teluk Meroh,Lumut  Perak. ROCKBUND adalah chalet yang sesuai bagi aktiviti memancing semata-mata. Setiap kabin terletak beberapa meter dari laut dengan dek memancing di atas laut. Di sini terdapat kemudahan cafe dan ruang barbeku yang disediakan menghadap laut.

Grab a pencil and strike a pose! Posing di sini dengan lakaran mural. Terletak di belakang bahagian ofis Rockbund. 


Dek atau pelantar memancing di hadapan chalet. Boleh dok situ dari siang ke malam. My Husband siap bawa 3 batang pancing..tpi guna dua je.Dia start mancing petang tu sampai lewat malam.Tinggal je batang pancing kat pelantar..agak-agak dengar bunyi loceng tu,ha ikan tarik la tu kan. Actually tak banyak pun hasil mancing kat depan ni,mungkin disebabkan terdapat pukat yang dipasang depan tu. So kalau nak lebih hasil gi kat kawasan atas sikit or luar kawasan.
Antara aktiviti lain yang boleh dilakukakn kat sini ialah berbasikal pusing-pusing kawasan. Takpun duduk je santai mengadap air sambil baca buku novel ke bagai.Bosan kan..So make sure datang sini penuhi aktiviti dengan memancing!
  
Bilik kedua. Setiap chalet mempunyai dua bilik tidur, penyaman udara dan terdapat kerusi santai. Boleh angkut kerusi lepak luar.
 Bilik utama.
  
Masa booking tu termasuk sekali breakfast. Memandangkan masa kitorang datang hati tu cafe tutup..so dorang delivery ke bilik.Hah hadap kau.Banyak lak tu. Air fresh oren satu jug siap refill dan tapau untuk bawa balik. 

Kitorang stay sini 2 hari 1 malam sahaja. Ni harga penginapan kat Rockbund. Bosan weh tv takde..kalau nak kene tambah duit..huhuhuh..

Comments

Anonymous said…
I always spent my half an hour to read this
webpage's content daily along with a cup of coffee.

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya