Thursday, May 04, 2017

# Jalan..Jalan

TAHNIAH! ANDA BERJAYA MEMENANGI BUKIT GAMBANG RESORT - UTUSAN


Kisahnye setelah mencuba nasib untuk mendapatkan tiket Peraduan Oceanarium Utusan Malaysia dan dah pun pegi ke THE SHORE MELAKA , kali ni aku try pula untuk peraduan siapa cepat dia dapat yang dianjurkan akhbar kosmo-utusan ni. Dan masa yang dinanti pun tiba..jeng jeng jeng..check emel..Alhamdulillah..

Cam biasa syarat kena kumpul 6 keratan kepala akhbar Utusan mengikut tempoh yang diberikan sebelum tebus. Bawa keratan tu masa nak collect tiket. Yang bestnye encik suami pun join peraduan ni dan berjaya mendapat tiket tu. Hari penebusan 12 keping la keratan akhbar kena bawa. Dapat la untuk satu famili kitorang...total 4 keping tiket untuk safari dan waterpark.
Tiket pun dah dapt,so kena la set masa untuk pergi..Tiket tu valid hingga Jun 2017 je..nak tak nak kena cari masa yang sesuai..akhirnya kitorang pilih 1-3 Mei untuk gi Kuantan. Ponteng sekolah le budak dua orang tu ☺.

Harap-harap lepas ni ada lagi la peraduan cuti sakan ni. orang pun rajin-rajin la jenguk page KOSMO/UTUSAN ek kalau nak tiket percuma.

No comments: