Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya
Pada 27 Mei 2015, aku telah menghadiri taklimat dan sesi latihan fizikal kecemasan semasa kebakaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Wakil bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tentang latihan kebakaran tersebut.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah cara-cara mengendalikan alat pemadam kebakaran, taklimat mengenai kaedah untuk mengelakkan kebakaran di pejabat dan juga mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kebakaran berlaku. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan tentang kepentingan mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan cara pencegahannya.
ni le hos berat tu untuk salur air..hos getah ni berat lebih kurang 20kg kot..maunye tak sakit2 badan aku hari first dan berikutnya..lebam2 gakle |
benda ni leh tengok kat jentera bomba..saluran untu sambungkan hos getah ke pili air..suction inlet,deliveri outlet dan hydrant inlet |
team perempuan yang gagah perkasa ni..semangat je deme..tapi tengok memang letih la..nak angkut benda berat dan lari 1-2 round |
panjangnya hos ni dalam berapa kaki erk..lupe..tapi memang panjang le..nak bukak dan bentang senang tapi nak gulung balik..huh berpusing. |
hah nampak tak jauhnye nak kene bawak benda alah tu then sambung dengan hos kawan yang lain..sambung dan sambung sampai orang ke-4.. |
sambung dan sambung sampai orang ke-4.. |
sedia untuk main air..siram dan siram.. |
dah selesai padam api..kemas le balik..hah menggulung le ko sampai sudah hos tu..dah le penat berpanas berlari berkejaran tak hilang lagi kan..nak concentrate kat hos ni lak.. |
dah setel kawad pancur basah..edisi memadam api guna alat pemadam api tong merah tu pulak..berat tong tu dalam 9kg..uhhh..berat le juga bagi aku yang jenis slim2 ni.. |
Tu je lah kenangan pertama kali aku bersama bomba..bukan senang nak jadi bomba ni..hati kena kental..fizikal mental mau kuat..bersedia untuk menghadapi rintangn dalam menyelamatan orang lain..
Comments