Nostalgia Stesen Keretapi Lama Tanjong Malim
berada di sini seperti berada di zaman 80an..stesen keretapi lama tg.malim yg dilupakan..teringat kenangan masa berulang dulu dari selayang ke slim,ku kan singgah di sini untuk sarapan pagi dahulu.nasi lemak sedap sambal sotong.
KTMB ditubuhkan pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai. KTMB menyediakan perkhidmatan komuter dan kereta api antara bandar kepada pelanggan yang berkeinginan ke mana-mana destinasi. KTMB menyediakan laluan Pantai Timur dan Pantai Barat. Bagi perjalanan KTM komuter, perkhidmatan setiap sejam sekali disediakan dari Tanjong Malim ke Rawang. Dari Rawang, penumpang bolehlah meneruskan perjalanan mereka dengan menaiki tren komuter lain. KTMB juga menyediakan tren SHUTTLE. KTMB juga telah melancarkan tren ETS baru-baru ini yang beroperasi antara Sentral KL dan Ipoh. Tren ETS bergerak lebih laju dan tiba ke destinasi perjalanan dalam masa yang singkat. Harga yang ditawarkan oleh KTMB agak berpatutan dan potongan harga turut diberikan kepada warga emas serta pelajar.
Kini..berwajah baru
Comments