JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula


JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak merupakan restoran terapung yang menyediakan makanan laut dan kedudukannye mengadap muara..Istimewa restoran ini adalah penyediaan ketam lembut dan kari sembilang..Lokasinya terletak di daerah Kerian.Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur
menyusuri titian gantung untuk menuju ke restoran..tak juah pun titi ni..pendek je..leh loncat2 kasi gegar ini titi..terapung bagai bebola di tengah lautan..
 tengok tu ade chalet jugak..balkoni mengadap muara..leh sewa bagi yang suke mancing..leh mancing dari dalam rumah bersama anak-anak dan isteri..bagi kaki pancing mancing dari beranda mane mencabar ye dak..tapi okla sekadar nak berehat sambil melayan hobi tu bersama famili apa salahnya..KAdar sewa chalet ni dalam seratus lebih..masa aku nak gi dah full orang booking..takda peluang le nak merasa tido bertemankan deruan air..ehhehe
view chalet dari restoran
 sangkar yang menyimpan ketam dan ikan untuk kegunaan masakan..fresh..
 bot nelayan yang mengangkut hasil laut dan dijual kepada restoran...lepas timbang terus masuk ikan tu dalam sangkar..
sebenarnya tak tahu nak sebut ape kolam2 kecil ni..aku panggil sngkar je le..tempat tinggal ikan sementara..
 antara contoh menu set yang disediakan ade 4 pakej set..leh pilih pakej yang ade ni kalau masla nak fikir nak oder apa dan duit cukup..
 boleh tahan la menu dia..kalau jenis malas nak kira cm aku ni main amik set je senang.. 
 ha ni dia menu kitorang..memandangkan hari tu kitorang bawa nasi bersama adn sedikit ulaman maka tak de le nak oder ikut set..aku main oder je lauk apa yang nak..so pilihannye siakap 3 rasa..ketam lembut 5 ekor wat goreng tepung, kailan ikan masin,sup campur dan air sirap sejag..total sume dalam RM96 sahaja..okle tak lebih dari bajet sebenar..ingatkan dalam seratus lebih ke pe..sebab ikan tu besar jugak le..mau ade dalam 2kg something kot..Ketam lembut memang agak mahla sikit la..seekor jatuh pada harga RM8..memang lembut samapai kulitnye pun boleh dingap begitu sahaja.
 seee..licin sudah..pak mentua aku yang tolong abiskan..kitorang makan sebeleh je dah tak larat nak meratah..
memandangkan masa datang tu dah petang dan kitorang lum lunch pun lagi gini le jadinye.. ni lapar benor le sampai habis..tinggal tulang sudah..

dah kenyang amik udara muara kejap..peh tu balik la..kenyang jadi ngantok le..sebelum tu singgah dulu cari ikan masin..sambung cerita nanti erk..bye!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya