Friday, September 19, 2014

# Aktiviti Sana Sini # Putrajaya

TAKE A BREAK...READ@PUTRAJAYA

Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, PUSPANITA dan 1M4U akan menganjurkan Program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Zon Putrajaya yang dikenali sebagai “Take A Break...Read!@ Putrajaya” yang akan berlangsung pada : 

Tarikh : 21 September 2014 (Ahad) 

Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang 

Tempat : Dataran Putra, Putrajaya

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada jam 9.00 pagi. Untuk makluman, dua acara utama yang akan diadakan bersempena program ini ialah: 

· Penyampaian Anugerah ‘Ikon Membaca Kebangsaan’ Penjawat Awam Yang Pertama, dan 

· Pelancaran ‘Library On Wheels’ 

Di samping itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik akan turut diadakan seperti Senamtari, Pertunjukan ‘Epic The Magic’, Pertandingan Mewarna, Pameran dan Jualan Buku, Temui Upin dan Ipin, Perkhidmatan Rawatan Kesihatan percuma serta pelbagai hadiah menarik disediakan. 

Ayuh kita beramai-ramai ke Program ‘Take a Break…Read!@ Putrajaya’, Ahad ini, 21 September 2014.

No comments: