Monday, September 08, 2014

# Dekorasi

Deko Rumah Dengan Wallpaper Murah dan Cantik

Sejak join group deko-deko kat FB ni macam-macam benda berlegar dalam kepala otak aku ni.Nak itu nak ini..Huaaa..giler seehhh.Aku memang minat sangat bab deko2 ni.Sesuaila dengan nama aku kan,NOORBAITI..mean CAHAYA RUMAHKU. Kalau boleh nak sesuai dengan maksudnya rumah ku itu syurgaku..Bukan takat syurga dunia je..syurga akhirat sekali hendaknya.Amin.

Sekarang ni aku tengok ramai yang dah 'gila' kan Wallpaper.Orang cakap wallpaper ni lebih murah berbanding dengan cat dan juga banyak pilihan corak yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.Pemasangannya menampilkan suasana kediaman yang lebih menawan jika kena pada konsepnya. Hari Sabtu baru ni aku outing ke Kaison di Paradigm Mall, Kelana Jaya.Tujuan utama nak usha Wallpaper murah kat situ.So far harga yang ditawarkan agak murah iaitu dalam RM19.90 per roll.Ada juga yang lebih sikit harga nya dalam RM55 gitu,sesuai dengan jenis patternnya.

Aku gi situ just dapat grab langsir untuk bilik anak je.Wallpaper nye takdapatla.Pattern yang kitorang nak takde.Kitorang suke unsur alam/natural.Mak cik aku cam biasa dia grab lagi WP kat sini.Dia le yang syorkan Kaison ni.Ha tengok ni le antara hasilnya:

Ni antara contoh almari yang dimakeover oleh makcik aku.Katanya almari bilik ni dah berusia 7thn. Condition masih elok.. Cuma cermin 2 pintu tu dah pecah n calar balar. Bila dah make over dgn wallpaper nampak baru dan lebih kemas.


peti sejuk pun berbaju baru.Cantik tak?

Sebelum ni aku pernah usha kat Korea Wallpaper di Puchong.Memang ramai la masa aku gi usha kat situ.Sekarang ni kat situ masih buat promotion yang mana dilanjutkan sehingga Hari Malaysia nanti.Bagi yang mementingkan kualiti dan aneka corak pelbagai unsur aku syorkan pergi kat sini la.Ni sedikit maklumat Korea Wallpaper:

WALLPAPER IS FREE, PAY ONLY INSTALLATION! 

Wallpaper: FREE (NP RM 350) (> 1000 designs)
Installation: RM 150 / roll (Standard Wall*)
Installation Period: 1st Nov 2014 – 31st Dec 2015 

Available @:
KL Gallery: 
(next to Puchong IOI mall) 
jln. merbah 1, bdr. puchong jaya, puchong 
Tel: 03 - 8076 300, open daily 12 noon to 9 pm 

JB Gallery: 
jln. rosmerah, tmn. johor jaya, johor bahru 
Tel: 07 - 357 2000, open daily 11 am - 8 pm 

Online Gallery: 


Korang kalu jenis minat bab dekorasi ni rajin-rajin la usha kat FB..belambak kot group or pages yang bincang bab deko ni.Peh ni sure kebabom le rumah kome.Rumah aku tunggu le ada masa buat la sikit demi sikit deko.

**thanxs makcik bg pinjam pics tu.<http://www.izaoneshopcorner.blogspot.com/>

1 comment:

anajingga said...

memang cantik tapi kena bijak pilih corak supaya tak serabut kan... :)