Perpustakaan Dalam Bas di Putrajaya



Konsep Mini Perpustakaan dalam bas (LIBRARY ON WHEELS) adalah salah satu usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.Ini adalah hasil inisiatif daripada Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Perpustakaan Negara dan beberapa lagi agensi.

Objektif utama ianya diperkenalkan ialah perkhidmatan bas bukan sekadar pengangkutan awam, tetapi juga menjadi satu tempat untuk rakyat secara berterusan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Untuk permulaan sebanyak lima buah bas akan menyediakan ruang mini perpustakaan ini dan PAPSB dalam rancangan jangka panjang akan meluaskan perkhidmatan mini perpustakaan ini ke semua 175 bas miliknya secara berperingkat.

Ok jugak idea tu. Bagi aku yang kadang-kadang menggunakan perkhidmatan bas ketika pergi kerja,dengan adanya buku-buku dalam bas tu boleh jugak kita baca sementara nak tunggu sampai destinasi.Selain bahan bacaan ilmiah harap sertakan sekali buku-buku yang bersifat santai seperti kartun dan fiksyen.So, terhibur le jugak hati sebelum gi kerja ye dak.

Sama-samalah kita memupuk budaya membaca!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya