Monday, April 12, 2010

# Aktiviti Sana Sini

Pameran Mamalia

Tarikh pameran: 1 Februari 2010 - 31 Julai 2010 Tempat: Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan ia menjadi habitat kepada 280 spesies haiwan mamalia. Mamalia merupakan haiwan bertulang belakang yang mempunyai ciri-ciri berdarah panas, badan berbulu, mengandung dan melahirkan anak, mempunyai kelenjar peluh dan kelenjar susu bagi haiwan betina. Pameran ini akan menampilkan haiwan-haiwan mamalia yang terpilih dari bersaiz kecil hingga besar untuk diamati dan dipelajari oleh para pengunjung. Antara tarikan menarik adalah rangka ikan paus Bryde, iaitu spesies yang dijumpai terdampar di pantai Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan pada 2 Februari 2005. Selain itu, haiwan yang terlindung dan diambang kepupusan seperti ”Pak Belang”, beruang, kambing gurun dan fosil hidup iaitu tapir turut dipamerkan. Objektif 1) Memberikan pendedahan kepada pengunjung dengan lebih dekat mengenai beberapa spesies mamalia utama di Malaysia. 2) Memupuk kefahaman dan kesedaran akan kepentingan spesies mamalia yang terancam di Malaysia. 3) Mendidik masyarakat mencintai dan menghargai khazanah fauna negara yang diambang kepupusan. Antara spesis yang dipamerkan... *Ikan Paus *Badak sumatera *Memerang *Harimau

No comments: