Konvoi Berbasikal Wanita 2017:Gigih Ke Idok?

Tanggal 11 Mac 2017 baru ini aku telah menyertai KONVOI BERBASIKAL WANITA 2017 yang telah diadakan di Presint 3,Putrajaya. Acara ini dianjurkan khas untuk wanita sempena Hari Wanita Sedunia 2017. Kayuhan ini turut disertai oleh VViP , Selebriti & Artis terkenal bersama rakyat Malaysia .#peluang#gigih

Selain bersama mengayuh basikal peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti kereta,tiket pelancongan ke London dan Perth, TV LED, basikal, Iphone dll.Lebih 1000 hadiah ditawarkan. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi diri ini. Takpelah yang penting dah dapat medal, sijil dan join acara ni pun dah cukup bagus. #sedihdangembira 
Untuk makluman, konvoi ni telah mencipta satu sejarah terbaru Malaysia Book Of Records (MBOR).Tahniah diucapkan kepada Badan Amal Kasih Ibu penganjur Konvoi Berbasikal Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia 2017 kerana berjaya mengumpulkan penyertaan wanita 1Malaysia seramai 11,412 peserta.yesss..wanita boleh!! #inilahkuasawanita #tumpangbangga
Untuk konvoi yang julung kalinya aku join ni, aku hanya mendaftarkan diri untuk acara kayuhan sejauh 10km sahaja berbanding yang 25km. Pada aku untuk permulaan setelah sekian lama tidak mengayuh itu adalah yang terbaik. Sebab lain, aku juga mula mengayuh dari rumah pepagi buta sesudah subuh yakni jam 6.25am dari Presint 9 hingga ke Presint 3. Jauh jugak tau. Pergi balik dah berapa KM!hah..cer kira..gigeh ke idok?kira dalam 5kmx2 la lebih kurang. So kira-kira 20km jugak le kan kayuhan untuk hari tu. #excited #sayasukasayasuka


Inilah kawan aku si ex-ofismate di Cukai dulu aka blogger deyna. Dia siap bawa anak daranya sekali tau. Gigeh adik ni berkayuh. Me and mama dia escort..kadang tak tentu hala jugak.Hahaha.Tahniah lah dik ye atas kegigihan dan kekentalan menghabiskan kayuhan. Salute kat adik tau. Mak nye tak..hehehe.#jangannangistepibucu
Inilah my gerek.Thanxs sesangat kat en husband, Mr Fazli yang bagi izin dan support kat wife dia ni untuk join. Siap prepare sikal tu, testing teknikal bagai. Aku rileks je kayuh. #loveyoula 😍

Lepas ni ade lagi aktiviti berbasikal aku. Kayuhan mingguan dengan ofis (JPM) dan mungkin akan sertai cycling lain. Yang penting sebelum nak join apa-apa kena la bincang dulu dan mintak restu husband. #familyalwaysfirst

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters