Monday, May 12, 2014

# Aktiviti Sana Sini # Putrajaya

PROGRAM FIT MALAYSIA FUN RUN SEMPENA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program FIT Malaysia Fun Run seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu) 

Masa : 5.00 – 10.00 pagi 

Tempat : Mula / Tamat 

Hadapan Galleria PJH (bersebelahan Menara KBS) 

Presint 4, Putrajaya

Program FIT Fun Run ini diilhamkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, bertujuan untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan dan perpaduan. Program ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:

kategori A – Terbuka (7 km); dan 

kategori B – Keluarga/Kumpulan (3 km) tidak kurang dari 3 orang satu kumpulan. (Pakaian beragam/ceria dialu-alukan) 

* Tiada sebarang bayaran dikenakan


ATURCARA

5.00 pagi – 6.45 pagi - Pendaftaran

6.45 pagi – 6.50 pagi - Senam Cergas

7.00 pagi - Larian bermula (7km)

7.15 pagi - Larian bermula (3km)

- Cabutan bertuah

10.00 pagi - Larian tamat

No comments: