Keputusan UPKK..Mak Nervous Dari Anak

Alhamdulillah hari yang dinanti telah tiba..18/12/2019 jam 11 pagi, adalah detik yang mendebarkan bagi ibu bapa dan pelajar. Macam tu jugak aku, dari semalam dah tak tenang.Hahhaha.. nampak tak, mak-mak ni memang sejenis gitu kot..nervous lebih berbanding anak..Si anak rileks je..tak rasa apa-apa

Maka setelah detik itu tiba, berpusu-pusu le mak pak nak semak keputusan anak-anak. Ade yang semak melalui online di web JAKIM , ada yang send SMS dan tak kurang pergi ke sekolah ambil slip.

Aku 5 minit sebelum jam 11 dah hantar sms untuk semak..tepat jam 11 dah ready online..sure la time tu jem line nye..ramai gak le mak pak yang dok menunggu..tapi berkat kesabaran dapat jugak tau result..dedua option semakan tu menunjukkan result yang sama.. Alhamdulillah, anakku Muhamad Danish Haikal dapat 8A..rasa terharu pun ye..tetapi itu semua permulaan, banyak lagi cabaran mendatang yang perlu dilalui..aku harap dia dapat teruskan berusaha untuk mencapai kecemrlangan hidup dunia dan akhirat..Syukur Ya Allah atas kurniaanMU.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya