FUN RUN IS MY ME TIME
FUN RUN?Apa tu..lari seronok-seronok..ya padaku lebih kepada larian santai yang bukan berbentuk pertandingan. Kebiasaanya event ni dianjurkan untuk charity tapi jugak yang non-charity..sekadar memenuhi kalendar event :).
Aku mula terjebak dengan event ni sejak tinggal di Putrajaya. Putrajaya memang kaya ngan aktiviti riadah gini seperti Langkah Ceria iaitu aktiviti berjalan sahaja ya..boleh pilih nak jalan 3km, 5km atau 8km. Pada mulanya aku rajin joint aktiviti ni dengan famili..bawa sekali anak-anak. Memang best. Sentiasa mendapat sambutan.
Then aku beralih kepada Fun Ride. Aktiviti berbasikal. Tiap kali ade event kayuhan komuniti Putrajaya aku pun joint. Pernah dapat cabutan bertuah handphone Samsung S3..huhuhuh.
Mahkamah
Fun Run with JBG Team @ 14.9.19 @ Bulatan Amanjaya
|
Beralih kepada Fun Run, nak joint run time tu takde geng lagi..then one day kawan sepejabat di Audit JPM ade yang jenis minat dengan aktiviti gini jugak. So, apa lagi..kitorang pakat joint IMR Run masa tu.. and then menjadilah aktiviti rutin aku. Bagi aku dengan joint event ni adalah satu masa ME TIME untuk aku hilangkan segala stress and relaxs. Yele, kite bekerja, balik kerja urus rumahtangga..hari cuti pun takde masa untuk diri..sibuk ngan anak-anak. Sesekali bagi lah peluang untuk diri ;ari dari kesibukan dengan cara beriadah ni. Untuk kesihatan jugak. Terapi diri. Sebelum joint aku akan tanya dulu le suami dia free ke tak time aku nk joint tu nt, minta izin nak joint.
Time
ni bawa anak sorang je..joint Mahkamah Fun Run. Yang sulung tak bawa sebab dia
time tu tunggu nak exam UPKK..bagi rehat
|
Kadang kalau aktiviti tu sesuai timing nya, aku akan bawa anak untuk joint sekali. If boleh memang sentiasa nak bawa dorang involve sekali. Tapi apapun aku akan tengok dulu kesesuaian dan keadaan.
Comments