Riadah di Bukit Kledang, Ipoh

30.11.2019 yang lalu akhirnya aku berkesempatan untuk menikmati pendakian ke Bukit Kledang bersama 5 'askar2ku' dan encik suami. Sebelum ni plan semedang tak menjadi.
Jam 7:30am gitu kami begerak dari rumah ke destinasi yang mengambil masa kira-kira 20 minit. Sesampai di sana, kami parking di kawasan berhampiran peniaga yang terdapat di situ..adala dalam 3 peniaga..jual air, makanan dan buah.
Ekspedisi dimulakan dengan askar2ku sekalian..ramai yang dah nak turun, kami baru nak naik..hahhah..apedehal..hari masih pagi..Tengok anak aku yang kecik ni..steady je..suke dia ye dapat bebas berjalan tapi kebanyakkan nye berdukung la..huhuh
Ok now..you are reach 2nd check point..dah 0.65km perjalanannya..Next check point ade lagi pondok..leh la rehat..setiap pondok yang ade tepi jalan tu kebanyakkan ditaja..Sebenarnya laluan kat Bukit Kledang ni ada melalui jalan tar, tangga dan off road.. Orang cakap kalau nak cepat samapi better ikut off road jalan hutan, tetapi lebih afdhal berkumpulan la. Untuk ekspedisi ni kami pilih guna jalan tar je, coz bawa bebudak ka..okla sekadar nak riadah and explore kat dorang. Kat sini terdapat peringkat pendakian yang korang leh try iaitu sehingga gazebo view point, 49 trial end, stesen pemancar tv alhijrah, dan puncak hiking kledang hill.. totally dr bawah lebih kurang 2 jam kot sampai (4.4km). Ini berdasarkan peta arah MAPS Google ye..hehehe..boleh la anggarkan.
Ini antara taman yang terbina berhampiran gazebo view point.. hijau sangat.actually dah penat bbudak ni..tapi kena tiupkan jugak api semangat..nak naik atas sikit lagi.
Cabaran bila bawa bebudak..terutama 2 yang kecik tu..gini la jadinya.. amikla sorang satu kendong dan dukung ye..kejap jalan kejap dukung..bertukar ganti..jap amik budak Dahlia, jap amik Nia..aduhaiii rs cm nk patah pinggang oo..
Akhirnya, berka kekentalan bebudak, ekspedisi kami sampai Stesen Seismologi..kat sini kami rehat lama sikit..bagi regang segala sendi sebelum nak menurun..
Ok time untuk turun...sempat berenti kat air terjun ni..bergambar jap..sesambil tu en somi gi survey kawasan kat sebelah air terjun tu..ade tangga ke hutan...
Kat sini pun ade track batu..sapa rasa kaki kebal boleh la pi pijak-pijak iye..tengok Dahlia tu rileks je kan..pakai kasut boleh la!

Untuk makluman korang juga, semasa kami turun ke bawah, kelihatan beberapa orang yang berjalan secara mengundur.. aku difahamkan cara itu untuk melawan graviti...so korang akan kurangla keletihan itu...yele menurun tu bukit nya agak curam..lebh kurang gitu le konsepnya.

Next time ada masa nak pergi lagi sini, kalau boleh nak sampai puncak..kalau berkesempatan la. Kepada yang nak pergi nak bawa bebudak ok je..tapi jangan memaksa sangat..tenang-tenang aje..riadah alam..cool. Dalam perjalanan tu mulakan dengan Bismillah dan bacalah surah-surah lain. Sentiasa awasi anak anda.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya