Edisi Kayuhan: FELDA Cyclorun 2017,Putrajaya

Acara berlangsung pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya bersempena Hari Peneroka Felda Kebangsaan. Seawal 6 pagi peserta dah berkumpul. Siri kayuhan ni melibatkan 2 jenis iaitu 35km dan dun ride 10km. Kali ni aku pilih 10 km je. Coz fikirkan balik kayuhan kang nak masak la,urus rumah. So jangan buang tenaga sangat. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan briefing keselamatan. Jam 7pagi acara dimulakan dengan pelepasan peserta bagi kayuhan 35km. Peserta A memegang plat bewarna putih. Aku plat oren bermakna kayuhan jarak 10km. Plat tu juga akan jadi nombor cabutan bertuah dan kupon untuk makan selepas habis kayuhan. So jangan buang benda alah ni ye. Penting kot mana tau ade rezeki nombor naik. Hadih cabutan bertuah masa tu agak lumayan. Hadiah utama 2 biji motor Demak DTM wes. Berangan le nak dapat. Tapi yang bestnye kedua hadiah tu peserta wanita yang dapat. Perhhhhh. Jeles siot. Hadiah lain seperti home theatre, TV LED 60' barang letrik dll. Tak de rezeki,susah bnor nak bertuah aih.


Tak dapat hadiah bertuah, dapat medal finisher ni pun jadi la. Memang dalam pakej yuran kot. Masa daftar yuran pendaftaran ialah RM50. Daftar online kat bikeway.com. Tu termasuk t-shirt,medal,sling bag dan makan. Nak dapat medal kene la sampi ke garisan penamat ek. Nanti dah sampai dorang potong part kat plat tu sebagai tanda dah terima medal. Nasib medal dia cantik. Bertambah lagi koleksi aku. Lepas ni kena cari tempat untuk gantung medal.

Selepas ni ada lagi acara kayuhan. Putrajaya Community Ride Siri 2 pulak pada 5 Ogos 2017. Hari tu aku dah join siri 1. Kali ni tak pasti lagi coz may be gilir lak ngan husband, dia join pulak. Aku handle bebudak. Cam tu la kami laki bini. Saling gilir dan beri ruang. Hehehe.Tq dear. Tapi kalau dia tak nak join,maka aku akan join la..ehhehe..bagi cukup 3-4 siri nak dapat jersi.

Kalau korang nak join aktiviti berbasikal, leh jugak lawati web Bikeway.Ada je nanti dia gitau event kat mana-mana. Yang komuniti Putrajaya tu korang leh daftar kat link PCR ni.

 Selamat berkayuh!
#healthylifestyle

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya