Aidilfitri Kian Berlabuh

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog sejak ramadhan yang lalu. Kadang benda ni ikut mood. Kalau mai rajin,on la blog ni..kalau dah malas,memang akan 'gelap' le blog ni dibuatnya.
Aidilfitri tahun ni, disambut sederhana aje. Tahun ni giliran rumah parent aku.Sementelah pulak tahun ni si suami bertugas pada hari raya. Tetapi nasible dia sempat beraya bersama kami di pagi raya.Petangnya baru pulang ke Putrajaya menyambung berkhidmat kepada negara. Raya kedua petang selepas kerja,dia dah balik semula ke Sungkai. Raya ke-3, baru si suami bercuti sepenuhnya dan kami pulang ke rumah parent dia pulak kat Taiping.
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan jumpe kengkawan masa form 5 dulu. Walau tak ramai yang dapat berkumpul, tapi oklah. Berhubung semula setelah hampir 18 tahun meninggalkan alam form 5. Masing-masing dah bawa haluan. Sibuk dengan kerjaya, rumahtangga dan peribadi.
Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.Dah nak last ni la,makin rancak jemputan open house dan jamuan di ofis. Bagi aku, masih seperti dulu,xde lagi le nak buat open house kat umah sendiri. Penat kot.Tambah anak masih kecil.Tunggu besar-besar sikit okla kan.Satu lagi bajet pun kena amik kira.Penjawat awam ni gaji awal sebelum raya, perbelanjaan pun cepat le mengalir kan. Nak menunggu tempoh hampir sebulan tu sangat le perit. Kalau tak kena cara pengurusan kewangannya, parah le.
Sepanjang minggu ni keje makan ajele..sume bende bedal. Orang kata rezeki jangan ditolak, tapi penyakit jangan dicari.Ingat tu.

#memoriberayadengankawansekolah

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya