Kau Pergi Jua
Pada pagi Rabu (31 Mei 2017)selepas sahur aku dikejutkan oleh whatssapp kwn serumah masa bujang dulu..mengatakan kawan kitorang Zam kritikal di HKL. Aku dimaklumkan yang beliau terlibat dengan kemalangan di Putrajaya pada Ahad tgh mlm (29 Mei 2017),ketika dalam perjalanan pulang dari kampung ke Putrajaya sempena menyambut Ramadhan. Difahamkan kereta dari arah bertentangan masuk ke arah laluan diorang. Pemandu kereta terbabit dikatakan meninggal. Kawan aku duduk di belakang bersama anaknya kena teruk.
Keadaan beliau selepas kemalangan..Aku difahamkan pada mulanya beliau ditempatkan di Hospital Putrajaya tetapi di bawa ke ICU Neuro HKL kerana kecederaan yang serius. Ketika di HKL beliau masih belum sedar dan menjalani pembedahan untuk membuka tempurung kepala to remove darah beku.Tempurung kepalanya retak di bahagian depan. Suami beliau hanya luka di bibir. Anak lelaki beliau yang berusia 2 tahun juga mengalami patah kaki dan lebam di mata (kini Hakim dijaga oleh pakcik dan makcik suaminya untuk sementara).
Pembedahan demi pembedahan dijalani. Walaupun terdapat sedikit tanda positif tetapi beliau masih belum sedarkan diri. Aku ada mengambil cuti untuk melawat dia,tetapi aku dimaklumkan oleh seorang kawan yang Zam akan menjalani pembedahan lagi hari tu. Tukar saluran pernafasan. Sudahnya aku terpaksa batalkan hasrat untuk ke HKL,memandangkan aku fikir jika lepas operate takut tak boleh melawat. Ditambah dengan kata hanya keluarga terdekat yang boleh jenguk.
Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara, kehidupan yang tidak kekal..satu hari nanti kita pasti akan dimandikan, satu hari nanti kita pasti akan dikafankan, diusung ke kuburan , ditinggalkan dalam satu rongga tanah yang gelap..kita tak tahu bila saat terakhir kita.. sebab itu setiap saat kita sangat berharga.
- Zam..aku tiap kali g Ipoh msti aku tringt kt ko..kat hati bkata bila le nk jmpe ko lg..hrp raya nt aq dpt gi umh ko..
- Bila dngr lagu Tiada Lagi-mayang sari pun tringat kt ko..sbb pnah dngr ko karok lagu ni kt rumah.. mendayu2..pndai ko tarik
- Ikan bils grg kcap..aq ingt lg ni ko msk ms dinner rumh bujg dlu..dr ctu aq br tau sdp jugk bilis grg kicp ni..smpi skrg jd favourite aq and ank2..simple.
- ko dan Niza sanggup dtg bmalam ke rumah aku jd teman aku time kawin,jd tukang mekap aku masa nikah..
Sesungguhnya Dia lebih menyayangi dirimu..tanggal 6 Jun 2017 (selepas waktu Maghrib) akhirnya kau pergi jua..sekali lagi aku terkejut dengan berita yang diterima malam tu..aku dimaklumkan jenazah arwah akan dimandi, disembahyangkan di HKL dan di bawa pulang ke Ipoh.Terus ke Surau Al Islah,Taman Desa Jaya,Tg.Rambutan (surau berdekat rumah keluarga arwah). Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Kg Bakar Bata,Tg.Rambutan. Kami redha atas pemergianmu di bulan yg mulia ini.. dikau sudah selamat dari noda dan dosa di dunia..moga tenang di sana..Al Fatihah kukirimkan untuk mu teman..NorZam' Ashima..
Comments