Monday, June 05, 2017

# Makanan

Buah Gelugor Menjadi Asam Keping

Siapa tak pernah tengok buah gelugor? Buah ni la yang menghasilkan asam keping yang kome nampak kat dalam masakan. Buah dia bulat-bulat dan berketak-ketak.Bila dah masak akan bewarna kekuningan.
Buah yang dah masak, bolehla dihiris nipis-nipis untuk menghasilkan asam keping.Proses menghiris buah ni memang mencabar sikit.Pastikan pisau yang digunakan betul-betul tajam. Naik sakit jugak le tangan ni ha.
Inilah rupa buah asam gelugor yang telah dikeringkan..ambil masa 2-3 hari juga bergantung kepada keadaan cuaca.
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.

Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.

No comments: