Thursday, April 30, 2015

Novel Hati Perempuan

April 30, 2015 0 Comments

Novel Hati Perempuan ni sekadar menambah koleksi memandangkan cerita ni pun tengah hot sekarang di slot Akasia TV3.Beli di popular book kat Aeon Seri Kembangan.Nasib baik dorang dah restock mas aku gi.Time beli ada rebet lagi..dapat le rege RM20.25 satu (beli dua hari tu RM40.50)

Me nengok ape cer novel ni:
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 
Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? 
Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 

Monday, April 27, 2015

Nostalgia Stesen Keretapi Lama Tanjong Malim

April 27, 2015 0 Comments
berada di sini seperti berada di zaman 80an..stesen keretapi lama tg.malim yg dilupakan..teringat kenangan masa berulang dulu dari selayang ke slim,ku kan singgah di sini untuk sarapan pagi dahulu.nasi lemak sedap sambal sotong.
KTMB ditubuhkan pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai. KTMB menyediakan perkhidmatan komuter dan kereta api antara bandar kepada pelanggan yang berkeinginan ke mana-mana destinasi. KTMB menyediakan laluan Pantai Timur dan Pantai Barat. Bagi perjalanan KTM komuter, perkhidmatan setiap sejam sekali disediakan dari Tanjong Malim ke Rawang. Dari Rawang, penumpang bolehlah meneruskan perjalanan mereka dengan menaiki tren komuter lain. KTMB juga menyediakan tren SHUTTLE. KTMB juga telah melancarkan tren ETS baru-baru ini yang beroperasi antara Sentral KL dan Ipoh. Tren ETS bergerak lebih laju dan tiba ke destinasi perjalanan dalam masa yang singkat. Harga yang ditawarkan oleh KTMB agak berpatutan dan potongan harga turut diberikan kepada warga emas serta pelajar.
Kini..berwajah baru

Friday, April 24, 2015

wang pos vs kiriman wang

April 24, 2015 0 Comments
Kembali ke zaman dulu.wang pos vs kiriman wang..zaman sekarang sapa lagi pakai wang pos.. semua main bank in sahaja kan..yg pasti bebudak asrama dulu-dulu slalu tunggu wang pos drpd mak ayah.smile emoticon.
Di United Kingdom (UK), wang pos - (Postal Order) digunakan bagi menghantar wang melalui surat. Di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai kiriman wang pos (postal money order). Wang pos bukanlah, secara rasmi, sah diperlakukan (wang sah) sebagaimana wang kertas bank, tetapi merupakan jenis nota janji hutang, sama seperti cek. Wang pos boleh dibeli dan ditunaikan di pejabat pos di UK, sungguhpun wang pos berpalang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank.Sehingga April 2006 wang pos cuma boleh dibeli dalam nilaitertentu, namun disebabkan kepopularannya ia telah direka semula supaya lebih fleksibel dan selamat. Penerima dan nilai wang pos kini boleh ditentukan ketika membelinya, menjadikannya lebih serupa dengan cek.

Tuesday, April 21, 2015

Beduk,Tabuh dan Kolok

April 21, 2015 0 Comments
Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi
Berkumandang Suara Azan
Mandayu Memecah Sepi..petikan lagu raihan..
Ada yang memanggil kalok,beduk dan tabuh. Kini ia semakin di lupakan..kalau di tanya pada bebudak sekarang pasti tidak tahu apa nama benda ini.@ tak pernah jumpa.kat kampung aku sekarang dah tak guna benda ni.Sekarang pakai siren je.

Monday, April 20, 2015

Kerajaan umum kadar gaji baharu Gred 11 hujung tahun

April 20, 2015 0 Comments
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 penjawat awam dalam Gred 11 yang berpendapatan antara RM832 dan RM850 hujung tahun ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata selain itu, semakan semula terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang kini dinikmati 1.4 juta akan turut diumumkan. Zabidi berkata, semakan semula terhadap gaji bagi Gred 11 sudah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 2002, 2007 dan 2013. "Semakan ini dilakukan mengikut tahap yang sesuai dengan kadar semasa.


**syahdu...zaman kenaikan kos..gred kite(gred N17 naik gaji?) bile nak dipandang ha

Tuesday, April 14, 2015

Tugu Negara Kuala Lumpur

April 14, 2015 0 Comments
Anatara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur ialah Tugu Negara.
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.-wikipedia
 sambil makan ais krim sambil posing..background perwira
  saya lagi...time ni saya lak yang terlebih excited nak berposing..selalu saya ni susah ckit nak bergambor...
 saya lagi..lihat ade air terjun la..uii jakun ckit...hati2 dik..
 cam best je kalau dapat main air ni kate si adik baju merah tu..
 cantik dan tenang je rasa..
 taman monumen..feel rileks and cool
 posing sikit lagi bertiga lak..

Eh..jangan tembak kite..Ok..bye jumpe lagi ya.Jangan lupa pergi melawat ye.Ni lokasi nya:
National Monument-3.1483514,101.6920133,16z
Jalan Parlimen
Kuala Lumpur
50480 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Wednesday, April 01, 2015

Cari Ikan Masin Di Kuala Gula

April 01, 2015 0 Comments
 Balik dari makan di restoran terapung JS muara kitorang singgah di sebuah rumah penduduk berdekatan yang membekal ikan masin..Alamat cam di atas tu..Masa kitorang datang yang ada hanyalah ikan belanak masin aka ikan kedera..
ini le urpenye ikan tu..bagi yang nak kenal le..so far harga dia okla..sekila RM10..aku borong 2 kilo..hamek kau..naik darah le nanti..Bukan aku yang nak melantak pun..sedekah-sedekah kat famili..
ni view kedai/rumah pembekal ikan masin tu..
 dah beli..sambil jalan nak balik tu aku perati rumah-rumah kat situ laman rumah dorang penuh ngan kulit kerang..normally kot view gini bagi rumah nelayan..
 ada gak kulit kerang yang nampak cam baru lagi diletak..tengok budak tu slamber je main kat kulit kerang ni...aku tak tau ape motif sebanr kerang tu..sama ada sekadar hiasan..atau dikering kan begitu saja dilaman rumah untuk tujuan lain..

JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula

April 01, 2015 0 Comments

JS Muara Restoran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak merupakan restoran terapung yang menyediakan makanan laut dan kedudukannye mengadap muara..Istimewa restoran ini adalah penyediaan ketam lembut dan kari sembilang..Lokasinya terletak di daerah Kerian.Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur
menyusuri titian gantung untuk menuju ke restoran..tak juah pun titi ni..pendek je..leh loncat2 kasi gegar ini titi..terapung bagai bebola di tengah lautan..
 tengok tu ade chalet jugak..balkoni mengadap muara..leh sewa bagi yang suke mancing..leh mancing dari dalam rumah bersama anak-anak dan isteri..bagi kaki pancing mancing dari beranda mane mencabar ye dak..tapi okla sekadar nak berehat sambil melayan hobi tu bersama famili apa salahnya..KAdar sewa chalet ni dalam seratus lebih..masa aku nak gi dah full orang booking..takda peluang le nak merasa tido bertemankan deruan air..ehhehe
view chalet dari restoran
 sangkar yang menyimpan ketam dan ikan untuk kegunaan masakan..fresh..
 bot nelayan yang mengangkut hasil laut dan dijual kepada restoran...lepas timbang terus masuk ikan tu dalam sangkar..
sebenarnya tak tahu nak sebut ape kolam2 kecil ni..aku panggil sngkar je le..tempat tinggal ikan sementara..
 antara contoh menu set yang disediakan ade 4 pakej set..leh pilih pakej yang ade ni kalau masla nak fikir nak oder apa dan duit cukup..
 boleh tahan la menu dia..kalau jenis malas nak kira cm aku ni main amik set je senang.. 
 ha ni dia menu kitorang..memandangkan hari tu kitorang bawa nasi bersama adn sedikit ulaman maka tak de le nak oder ikut set..aku main oder je lauk apa yang nak..so pilihannye siakap 3 rasa..ketam lembut 5 ekor wat goreng tepung, kailan ikan masin,sup campur dan air sirap sejag..total sume dalam RM96 sahaja..okle tak lebih dari bajet sebenar..ingatkan dalam seratus lebih ke pe..sebab ikan tu besar jugak le..mau ade dalam 2kg something kot..Ketam lembut memang agak mahla sikit la..seekor jatuh pada harga RM8..memang lembut samapai kulitnye pun boleh dingap begitu sahaja.
 seee..licin sudah..pak mentua aku yang tolong abiskan..kitorang makan sebeleh je dah tak larat nak meratah..
memandangkan masa datang tu dah petang dan kitorang lum lunch pun lagi gini le jadinye.. ni lapar benor le sampai habis..tinggal tulang sudah..

dah kenyang amik udara muara kejap..peh tu balik la..kenyang jadi ngantok le..sebelum tu singgah dulu cari ikan masin..sambung cerita nanti erk..bye!