PERMOHONAN TAPAK JUALAN "CAR BOOT SALE" DI PUTRAJAYA
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai "Car Boot Sale" pada setiap hari Ahad bermula jam 3 petang sehingga 7 petang di Dataran Gemilang Putrajaya, sila dapatkan borang di pautan di bawah.
Time hari minggu ni le peluang untuk kome tambah pendapatan dengan meniaga..cube le mohon.Mudahan ade rezeki untuk kita.
Barang-barang jualan yang dibenarkan adalah makanan kering, pakaian, perkakasan dan hiasan rumah, buku, majalah, permainan, kelengkapan, barangan antik, alatan elektrik, barangan hobi dan aksesori (keutamaan kepada barangan terpakai).Tidak dibenarkan menjual makanan bermasak.
Masa operasi adalah bermula jam 3.00 hingga 7.00 petang pada setiap hari Ahad di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya.
-sumber Perbadanan Putrajaya.
Comments