Tuesday, October 14, 2014

# Orang Gomen

Intipati Bajet 2015-Kemudahan Untuk Penjawat Awam Dalam

Pendidikan
MyBrain15 yang kini terbuka kepada sektor swasta, dicadangkan diperluas kepada
penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan.

Perumahan
had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit.

Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:
Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga RM150,000 kepada RM90,000 seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi;
Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000; dan
Ketiga: Menyediakan dana mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1

Penambahbaikan Perkhidmatan Awam
menambah baik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

No comments: