Wednesday, July 02, 2014

# Orang Gomen

Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan pemberian bonus ini akan diberikan sebelum Aidilfitri.
Keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.
Pemberian bonus tahunan sempena Aidilfitri ini diberikan berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.
Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.
Saya menyeru kakitangan awam berbelanja secara berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan pada masa hadapan.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
2 JULAI 2014
Kerajaan Persekutuan bagaimana lak ye?suspennnn..

No comments: