Bantuan Khas Kewangan Tahun 2014-Pekeliling Perkhidmatan Bil. 03/2014

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi tahun 2014.Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan 07 Julai 2014.

Pegawai Gred 54 dan ke bawah yang layak dibayar BKK:
telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat,Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014.
Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim; pegawai yang bercuti separuh gaji; Pegawai yang bercuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari 2014 hingga 2 Julai 2014;

BKK sebanyak RM500.00 dibayar pada 15 Julai 2014

Kerajaan juga bersetuju memanjangkan pemberian BKK sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

rujukan pekeliling: <JPA>

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya