RIADAH MALAM DI DATARAN MASJID PUTRA

Bagi warga Putrajaya dataran masjid putra antara tempat 'lepak' pada waktu malam yang paling digemari. Suasana di situ akan lebih meriah pada malam minggu. Penuh dengan famili yang bawa anak-anak bersantai.

Antara aktiviti mereka di situ ialah bermain kasut roda,cycling,berkelah,bermain lampu lastik( kalau nak tahu apekebende ni gi le tengok malam2 kat situ) dan lain-lain. Terdapat ramai peniaga-peniaga yang mengambil peluang menjual permainan berlampu di sini. Selain itu ada juga yang menjual makanan ringan dan minuman secara jalanan dan juga menggunakan lori.

Kalau cuti sekolah pasti lebih ramai. Bagi yang ingin menikmati panorama malam Putrajaya boleh Lah singgah ke sini..anda pasti kagum dengan lampu neon sekitar masjid dan tasik putra. Ini juga salah satu cara kita meluangkan masa bersama anak-anak..biarkan mereka bermain dengan gembiranya.

#jangan lupa kerjakan solat bagi yang belum menunaikannya.masjid depan mata je kan

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya