Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Kebangsaan

August 30, 2010 1 Comments
Detik 12 malam nanti genaplah sudah negara kita menyambut KEMERDEKAAN nya yg ke-53 tahun.Memandangkan era kepimpinan DS Najib b'konsepkan 1Malaysia maka tema slogan itu jugak turut diaplikasikan dalam tema perayaan kemerdekaan kali ini.
1Malaysia MenjanaTransformasi. Sambutan dihangatkan dengan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Kangar pada 1 Ogos lalu..kemudian akan diikuti dengan acara  Perbarisan & Perarakan di Stadium Putra Bukit Jalil esok dan diakhiri dengan perayaan Hari Malaysia 16 September nanti di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Bapa Kemerdekaan:
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru merupakan anak sulung kepada pasangan Dato Onn Ja’afar dan Datin Halimah. Dari jurai keturunan keluarga yang aktif dalam bidang politik merupakan cucu kepada Dato’Jaafar. Pada 15 Januari 1976, bertempat di Istana Negara, Tun Hussein telah mengangkat sumpah dan secara rasmi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga. Sebagai seorang pemimpin negara beliau dikenali sebagai “Bapa Perpaduan” sebagai mengenang jasa dan usahanya mempupuk perpaduan di dalam negara.

Sedikit al-kisah menuju ke arah  kemerdekaan:

Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth.
Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.


MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!

Tuesday, August 24, 2010

Monday, August 23, 2010

Branded Warehouse Sale @ Shah Alam

August 23, 2010 0 Comments
26 August to 8 September 2010

Branded Warehouse Sale @ Shah Alam

Sportswear Stock Clearance
Puma, Asics, Lotto,Umbro,Admiral

Eyewear Branded Sale
Adidas ,Bonia, Elle,DKNY, Esprit
Levi’s, Chanel,Guess, Emporia Armani
Ray-Ban,Gucci,Coach,Christian Dior,and more

Outdoor Sale
Coleman, Deuter,Buck Knives,Leatherman
Cargoloc,Maglite and more

                          Apparels
                           Arnold Palmer ,Skiva,B.U.M. Equipment, Swiss Polo, XES Shoe

                                    Time: 11am – 11pm

                             Location (Tel: 6016 330 9667)
                     Dewan MBSA
                       Seksyen 19
                      40000 Shah Alam





Friday, August 20, 2010

Friday, August 13, 2010

Peringatan...Tolong sebarkan

August 13, 2010 0 Comments






























PETIKAN DARI E-MEL YANG SAYA TERIMA..
The attached photos are not a Movie Shooting or Celebrating  a festival with crackers... its a school in Gaza .. ( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE ) this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine ) Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean.boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime.Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..Israel Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...Rakyat Palestine Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi

August 10, 2010 0 Comments
Ahlan wasahlan ya Ramadhan..sok semuat umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa bagi tahun 1431H..pada yang sudah mengganti puasa yang lalu tahniah diucapkan..harap2 tahun ni dapat kita menunaikannye dengan sempurna kecuali yg dikecualiakan atas sebab musabah & 'keuzuran..dimaafkan.. Bagi yang selama ni menjadi Perokok setia harap kalian dapat le bersabar dari keinginan utk berasap tu..rimas aku tengok aih..berhenti terus pun lagi bagus.. Kepada yang tak bertegur sapa tu..gaduh2 ke..bebaik le kite sesama insan..sedangkan nabi ampunkan umatnya..inikan kite manusia yang lemah..tak rugi pun..hati pun tenang and senang.. Pada yang dah ingat2 lupa camner nak niat tu..leh baca niat kt bawah ni..mlm ni leh dah nak niat..sok jgn lupe bangun sahur..amik berkat..wlupun seteguk air..jgn dah nak subuh br kau nk sahur udah le..xreti2 ke Imsak dah abis..ha tengok jadual la..agak2 arr.. Ok, selamat bersahur dan berpuasa!
Niat Puasa:nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat Puasa Sebulan:Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala
Doa Ketika Berbuka:Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Jadual Waktu Berbuka & Imsak Bagi Wilayah Persektuan KL & Putrajaya (click bagi besar)

Wednesday, August 04, 2010

Monday, August 02, 2010

Aktiviti Balik Kampung

August 02, 2010 0 Comments
Baru-baru ni aku lik kampung kat Felda Trolak Selatan, Sungkai..dari Kl ke sana xle jauh mane pun..1jam lbih pun dh leh sampai..rase lame tak balik..aku mik kesempatan 2 minggu berturut2 aku balik..hahahah..puas hati aku...sekarang ni tengah musim buah durian..tapi kat kampung aku xjadi buahnye..nak makan bapak aku beli kan je..beli kat orang dari kawasan sebelah Felda Trolak Timur..menjadi naaa dorian deme..untung banyak..tapi buah nye xle sesedap baka durian dari Batu Kurau..hheheh..makan sajelah..asal namanya durian..tengok laki aku tu..kemain dia makan..favourite le tu..anak2 aku x pulak berminat..tambah si Danish tu..ish..ish..anak bandor tul..
Selepas makan durian mak aku suruh "jolok" buah star (staq)@ nama lain orang perak panggil buah menia (entah gini ke spelling nya?) atau buah kundang...kulitnya kekuningan..bentuknya bulat2..isinya ada masam2 manis..tapi sedapt wat cicah ngn sambal kicap..pergghhhh..kecur..kalu dulu aku biasa makan yang dah jadi jeruk..beli kat kedai..sedap jugak..la ni jarang lak aku nampak dok jual kat kedai..kat umah aku ni pun kire baru gak le buah ni dok belajar berbuah..aku rasa pokok ni dah hidup bertahun2 kat belakang rumah mak bapak aku..tapi berbuahnye jarang sekali..time ni pun tak le banyak mane pun..banyak tu je le yang aku and adik aku dapat ambik...punye la nak makan buah ni..last2 kaki aku dapat lebam kat peha..sebab terpijak bekas tong..dan terpelanting balik kene kaki aku..sakit siut...bengkak juge le..ambik kau!
Malamnye..kitorang mengadakan sambutan harijadi untuk ayah and anak2buah aku..yang mane bzday nye bulan 6 & 7 kira buat sekali la..ni simple bzday je..sekadar nak bagi bebudak 'syok' ja..

Tesco Clubcard Day..2x Bonus

August 02, 2010 0 Comments
Pada 28-29 Julai 2010 yang lalu, Tesco telah mengadakan Clubcard Bonus Day..maka ramailah ahli2 Tesco mengambil peluang bagi mendapatkan mata ganjaran yang pastinya lebih tinggi dari biasa dan harga barangan yang lebih murah..points ni leh kumpul..dapatle ganjaran berbentuk Cash Voucher ..so dapatle jimat sikit masa beli barang yang terpilih.. Rajah menunjukkan contoh perbelanjaan=ganjaran. Penyata Clubcard, Product coupons dan Clubcard Cash Vouchers akan dihantar melalui pos every quarter jika anda telah mengumpul 150 mata Clubcard and above during each collection period.
Ramai yang datang shopping mengambil peluang meng'up'kan mata ganjaran..sabar menanti walau pun terpaksa beratur panjang..sehinggakan ada sorang pakcik tu membebel-bebel kat cashier pasal ape tah..mungkin sebab dia penat tunggu lama..kaunter cashier lak tak banyak bukak..yg jg cashier sorang je..lambat le..
kelihatan suami and anakku sedang menunggu untuk pembayaran..bape ye point yang kite dapat... kitorang banyak beli susu and pampers anak je..wat stock..