Monday, August 30, 2010

# Aktiviti Sana Sini

Selamat Hari Kebangsaan

Detik 12 malam nanti genaplah sudah negara kita menyambut KEMERDEKAAN nya yg ke-53 tahun.Memandangkan era kepimpinan DS Najib b'konsepkan 1Malaysia maka tema slogan itu jugak turut diaplikasikan dalam tema perayaan kemerdekaan kali ini.
1Malaysia MenjanaTransformasi. Sambutan dihangatkan dengan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Kangar pada 1 Ogos lalu..kemudian akan diikuti dengan acara  Perbarisan & Perarakan di Stadium Putra Bukit Jalil esok dan diakhiri dengan perayaan Hari Malaysia 16 September nanti di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Bapa Kemerdekaan:
Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru merupakan anak sulung kepada pasangan Dato Onn Ja’afar dan Datin Halimah. Dari jurai keturunan keluarga yang aktif dalam bidang politik merupakan cucu kepada Dato’Jaafar. Pada 15 Januari 1976, bertempat di Istana Negara, Tun Hussein telah mengangkat sumpah dan secara rasmi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga. Sebagai seorang pemimpin negara beliau dikenali sebagai “Bapa Perpaduan” sebagai mengenang jasa dan usahanya mempupuk perpaduan di dalam negara.

Sedikit al-kisah menuju ke arah  kemerdekaan:

Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth.
Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.


MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!MERDEKA..!!

1 comment:

Anonymous said...

Hi everybody, fine board I find It very accessible & it's helped me a great deal
I hope to be able to contribute & support others like this chat board has helped me

_________________
[url=http://iphoneusers.com]jailbreak iphone[/url]