Cuci Minda Anak @ Pusat Sains Negara

Di kesempatan cuti Sabtu dan Ahad yang ada kekadang tak tahu nak ke mana arah hendak ditujui..sian kat anak-anak..time ni le pun nak spend masa ngan mak bapak kan..so,aku plan la gi Pusat Sains Negara.Ni 2nd time aku gi.Before ni dah gi tapi bawak anak aku yang sulung tu ja..tu pun tak explore abis dalam tu..so,kali ini aku bawa lagi si Danish tu ngan adik dia Eisya..ade gak faedahnye kt minda dorang ni bile kite mule dedahkan alam sain ni..biar dorang mengenal and belajar sesuatu yang baharu..manu tahu akan muncul minat dalam diri dorang suatu hari nanti untuk bergelar angkasawan ke..saintis ke.. Pusat Sains Negara (PSN) ni merupakan rangkaian yang berada di bawah MOSTI dan terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur,merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik.Nak masuk free of charge.Sebelum ni kena bayor sekarang FOC. Pelbagai bahan pameran menarik direka dan dipamerkan.Ianya ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian. Berikut adalah gambar-gambar sekitar pameran yang ada..utk makluman terdapat renovation sedang dilakukan masa ni..so ade yang ditutup la.. Pertunjukan Sains..Kemudahan untuk anak2 bermain..Little Explorers.. Anak-anak belajar muzik (gelombang bunyi), mengenal warna dan melihat imej Akuarium..Alamilah pengalaman berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar tropika Dunia Era Hadapan dan Laluan ke alam sains..fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi,fizik, kimia dan astronomi.... Galeri Alam Mesin Pintar..kefahaman tentang bagaimana komputer, telekomunikasi dan robot dapat membantu memudahkan hidup manusia

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya