Lengkap Dose Kedua Vaksin

Alhamdulillah, hari ini 27/7/2021 jam 9.00pagi di Stadium Indera Mulia Ipoh, tercatatnya diari vaksin kedua. Maka lengkaplah sudah dose kedua Sinovac. Kali ni lebih mudah dan cepat. Hanya melalui pandu lalu. Masa diambil cuma setengah jam untuk proses selesai vaksin. Ada 5 point. Checkpoint pertama kita kena tunjuk temujanji di MySejahtera, check suhu dan check in. Selesai terus ke point kedua dapat nombor giliran dan semakan kad juga borang persetujuan vaksin. Next station point ketiga, serahkan kad pengenalan, borang persetujuan dan kad vaksin. Then bermulalah suntikan vaksin di sini. Semasa disuntik petugas menerangkan prosedur suntikan dan beliau sempat tanya "tak nak ambil gambar ke?". Disebabkan jarum inject dh melekat kat bahu tu, aku cakap takpalah,lagipun suami ada di sebelah masa suntikan dan penerangan diberi. Dah ada saksi tak perlu la gambar. Ramah petugas tu. Senang berurusan. Dah selesai suntikan kita beralih ke checkpoint keempat. Di sini adalah ruangan rehat...