Lawatan Ke Nasyrul Quran




Semalam 18.10.2018 aku berkesempatan mengikuti lawatan ke Pusat Percetakan Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli Puspanita Cawangan Kecil JPM berkaitan percetakan dan penjilidan Al-Quran. Ini selaras dengan hasrat kerajaan mengembang dan memartabatkan kitab suci Al-Quran seterusnya menyemarakan lagi kefahaman dikalangan Umat Islam.

Antara aktiviti dan kemudahan yang terdapat di sana ialah:

Galeri Al-Quran Mushaf Malaysia dan Antarabangsa



Galeri Seni Bina & Hiasan Dalaman Seni Islam



Sebelum meneroka ke dalam Pusat Percetakan Al-Quran ni..peserta akan diberi taklimat di Auditorium berhubung sejarah penubuhan Pusat Percetakan tersebut. Selepasa habis sesi taklimat, peserta akan di bawa oleh Jurupandu untuk ke sekitar ruang pameran dan seterusnya ke ruang percetakan..untuk makluman kilang tu tak boleh masuk..just pandang dari cermin besar dari sudut taklimat..nampak le pekerja dan mesin sedang beroperasi..untuk makluman juga pekerja di situ sentiasa dalam keadaan berwudhu..



Sebelum pulang apa kata kita jenguk dulu kedai jualan Produk & Cenderahati. Terdapat pelbagai jenis Al-Quran dan terjemahan yang dijual. Harganya adalah sangat berpatutan dan dah tentu bila kita beli di sini ianya disahkan kandungan Al-Quran tersebut..so tak de la rasa ragu-ragu kan berbanding bila kita beli diluar, takut ada yang palsu kandungannya..
Selain Al-Quran terdapat juga cenderahati berbentuk keychain, poster kaligrafi dan lain-lain cenderahati turut dijual dengan harga yang berpatutan.





Di sini juga terdapat Restu Cafe bagi yang ingin mengisi perut sebelum menjelajah ke dalam Pusat Percetakan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya