Kembara Khidmat Bakti

Pada 6 Oktober 2018 yang lalu untuk julung kalinya aku menyertai aktiviti CSR bersama kelab di jabatan aku. Program ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 1 tengahari. Ianya diadakan dengan kerjasama Kelab Bukit Perdana dan SKP11(2).

Kami bertolak dari JPM ke sekolah tersebut dengan konvoi menaiki basikal dan diiringi oleh abang polis trafik. Agak menyeronokkan bila dapat cycling ni..enjoy sepanjang perjalanan..penat tu lain kira.

encik trafik yang setia menjaga kami sepanjang jalan

which me?second yellow la

adik ni memang cekal..kuat..bagus..dia sorang ja peserta cilik

Sesampai saja kami di sekolah tersebut, kami diberi taklimat berkaitan sekolah dan aktiviti gotong royong yang akan dijalankan. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan surau dan kumpulan perpustakaan.Aku dapat group perpustakaan..bermulalah gotong royong membersih, mengemas dan menyusun atur perpustakaan..iolls cuci tingkap je...seronok main air!

gigeh tak sis cuci tingkap..dah lame tak wat keje ni

cik kak tengok gapo tu..cam terkejut je..huhuhu

adoii..sis penat dah..hahhaha..ni bincang ke membawang :)

bergambar kenangan dulu dengan 'cleaner2' library

eh gambar orang surau lupe lak nak masuk...nah letak le sekeping..dorang punya aktiviti mengecat,menyusun dan menukar langsir

Usai aktiviti gotong royong kami berkumpul di kantin sekolah untuk upacara penutup dan penyampaian sumbangan kepada sekolah tersebut.


Sekian aktiviti CSR kami. Semoga lain kali ada lagi dan dapat sertai lagi.
sebelum balik bergambar kenangan dulu ngan cikgu-cikgu sekolah . Terima kasih cikgu...hidangan yang disediakan sangat sedap,menyelerakan!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya