Monday, August 14, 2017

# Makanan

Moh Kite 'Eat & Repeat' Di Bangi

Ini kisah makan yang jarang aku lakukan sejak bertukar ke ofis baru ni. Dulu masa kat ofis lama ade gak rajin jenjalan cari makan sekitar Putrajaya,Bangi dan kawasan yang terdekat. Nak dijadikan cerita, Jumaat baru ni member ofis dengan baik hatinya nak teman aku cari baju untuk dipakai kenduri kahwin adik ipar nanti. So,sebelum edisi mencari baju,kita isi perut dulu. One of members ni ajak gi kat kedai yang boleh makan banyak2 tapi kuantiti kecil. Apa tu? ooo..ni le kedai EAT & Repeat.Ianya terletak kat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Kedudukan tak jauh dari Bangi Gateway. Dekat..memang dekat!

Dah sampai korang leh tengok menu yang ada kat list menu or list oder tu. All menu is RM1.90! You xcaye you boleh pergi try. Hah oder le berapa banyak pun ko nak makan. Ko tanda je kat kertas tu berapa ko mau makan.Walaupun kuantiti kecil bekas mangkuk tu, tetapi ianya berbaloi dan kenyang. Mana taknye,sume bende ko nak makan kan. Hahaha..gile tamak. Itu namanya no repeat,sekali harung oder sekali harung makan.
Yess..masa untuk santapan. Menu yang dioder dah pun sampai. Tengok berapa port kite oder. Semua pakat merasa. Mi Bandung, Mi Celup,Cendol,Pulut Mangga, Nasi Ayam Kunyit, Nasi  Ayam Cincang, Makaroni Goreng, Sagu Gula Melaka, Soto Ayam dan Teh O Panas. Semua tu hanya lebih kurang RM24 gitu. Ko makan puas hati kenyang boleh balik la. Mata pun sudah berat. Tak boleh lagi nak repeat. Tapi Insha Allah akan repeat datang makan lagi next time bawa anak-anak dan suami pulak.


2 comments:

Ann Ishak said...

menarik tempat makan ni, bole cuba weekend ni :D

nur danisha said...

@ann ishak:yup boleh cube..rasanya pun ok