Memancing dan BBQ di Yeob Bay Hotel & Resort,Lumut

Kalau nak ke pantai nak menikmati kehijauan nak berehat dr kesibukan kota.nak gi memancing atau pun nak menikmati makanan laut yg segar moh ler ke perak.check in YEOB BAY HOTEL PERAK TELUK SENANGIN. So inilah short vacay kitorang pada 31.12.2016 yang lalu. Bertolak dari Putrajaya 3.00 petang dan tiba di Lumut dalam jam 6 petang.
Kolam renang..masa ni tengah renovate lagi..upgrade untuk keselesaan pengunjung..peh ni leh berenang kat kolam pulak
Bangun pagi,dari ruang koridor bilik nikmati pemandangan laut dan kehijauan alam.Indahnya pemandangan sambil disapa oleh angin sepoi-sepoi dan bunyi deruan ombak..
Malam..kita bbq la..bawa la segala benda yang boleh dibakar..kemudahan disediakan tetapi kene la bagitau pihak pengurusan dulu untuk book..nanti dorang akan sedaiakan meja dan tempat pemanggang di ruang bbq berhampiran pantai..
Hasil panggangan malam tu..sotong,udang,sosej,ikan dan ayam perap. Usai makan malam di tepian pantai ni, my husband, adik dan bapa mentua memulakan aktiviti dorang.Memancing!! Gigih kan tengah malam gi mancing dan nak subuh baru balik. Hasil??hahahah..ikan takmo dekat kot..cian.Takda rezeki,cuba lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya