Penambahbaikan Kepada Pembantu Tadbir?

Hari ni genap 11 tahun aku bergelar seorang penjawat awam yakni Pembantu Tadbir..bermula pada 12.4.2005 aku bertugas di Kementerian Kewangan dan selepas 8 tahun bertukar ke Jabatan Perdana Menteri.

Banyak suka duka bila berada di antara dua Organisasi tersebut. namun apa pun kisahnya sebagai PT benda yang paling ditunggu adalah Penambahbaikan terhadap kumpulan kami. Baru ni ada viral di WhatsApp berkaitan selesainya 252 skim yang diwar-warkan ketika bajet 2016 swperti di bawah:
##############################
Pada 7.4.2016 JPA akan mengeluarkan pekeliling Bil.1/2016 berkaitan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan.
Selepas ini angka akan menjadi 240 skim perkhidmatan berikutan pemansuhan, penjumudan, tukar lantik bbrapa skim melalui siri2 engagement JPA/Cuepacs/ MBK/Kesatuan dan BPSM semua Kementerian masing2.

Ianya juga terkandung dalam Budget 2016. Antara intipati@ cadangan yg diperolehi ialah penyeragaman skim, kod gaji, peluasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindan perbekalan, penjumudan jawatan dan tukar lantik.

Secara prinsipnya yg ingin disentuh berkaitan dgn perkhidmatan kita ialah;  (1) Gaji Minima RM1200.00 berlaku di semua perkhidmatan yg memperuntukan gaji permulaan di

Gred 1,11 & 17.Contoh RM733.54/ RM801.84/RM932.15 kpd RM1200.00. Realitinya nanti ianya akan bermula di RM1216.00-

Gred 11 & RM1352.00 - Gred 17 (19). Prosesnya akan didetailkan nanti (panjang nnti penjelasannya). Namun bagi mereka sediada (yg gajinya melebihi angka ini) tidak berlaku. Dgn kata lain tiada istilah backdated berikutan ianya effective 1.7.2016 (setakat ni, INI saja diinfokan).

Perkara ini terkandung dalam budget 2016. 

Perkara (2) Penambahan  1KGT berlaku pd 1.7.2016 kpd semua perkhidmatan. So berlaku dua kali KGT tahun ini.  Juga berlaku sedikit perubahan contoh KGT 95 ke 100.

Perkara ini juga terkandung dalam Budget 2016.

Perkara (3) Penyeragaman -Gred 17 dipindahkan ke Gred 19 manakala Gred 22/26 kekal.

Dan Gred 27 ke Gred 29 DAN GRED 11 & 41 dikekalkan.

Perkara (4) Penambahan lapisan Gred Kenaikan Pangkat - Contoh Gred 1 & 11 ditambah ke Gred 16 & 18 manakala Gred 19(baru) , 22 & 26 ditambah 28.

Perkara (5) Perluasan SKM [Kelayakan masuk SPM + SKM ] diperluaskan ke 17 skim dibawah AKP yg melibatkan 66 gelaran jawatan sebagai (KMP) Kelayakan Masuk Pelbagai).

Jawatan Gred 17 naik 29 yg ada dlm majlis
1. PT Kewangan
2. Pembantu Penilaian
3. Pembantu juruaudit
4. Juruteknik komputer
Diberi opsyen secara one off jika punyai sijil yg setaraf dgn nya.

Semua gred 17 naik 19
Berlaku penambahan kgt dari rm95 ke rm100
17 = 19
22 = 22
26 = 26
28 tambahan lapisan naik pangkat
Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minum akan dpt lbh byk

Semua KGT bulan okt diawalkan pd julai.. mudah faham dpt 2 kgt julai nanti

Jawatan 29
29 = 29
32 = 32
36 = 36
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Jawatan 29
29 = 29
36 = 36
38 = 38
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Jawatan gred 27
27 = 29
32 = 32
36 = 36
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Secara mudahnya semua skim terlibat dan dianggap berubah kerana semua org akan mendapat 1 KGT julai nanti disamping kgt hakiki

Pekerja kontrak yg genap 15 tahun boleh ditetapkan dgn gred dan gaji semasa

Jawatan gred 11
11 = 11
14 = 14
16
18
Tambahan 2 gred kenaikan pangkat

Gred penguatkuasa dari klasifikasi N berubah kpd klasifikasi KP

Semua gred 17 naik 19
Berlaku penambahan kgt dari rm95 ke rm100
17 = 19
22 = 22
26 = 26
Gred 28
tambahan lapisan naik pangkat

Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minimum akan dpt lbh byk

Skim 17 naik 29.. jika ada sijil yg setaraf dengannya.. jika tiada 17 naik 19 sahaja
1. Pembantu geosains
2. Pembantu   ekonomi
3. Juruteknik komputer
4. Pemeriksa kilang jentera
5. Pembantu penerbitan
6. Pembantu penyediaan makanan
7. Pembantu penyelidik
8. Pembantu akauntan
9. Pembantu tadbir kewangan
10. Pembantu audit
11. Pembantu penilaian
12. Pemeriksa kereta motor
13. Jurubahasa
14. Penguasa bekalan air
15. Merinyu taliair
16. Pembantu pegawai latihan vokasional
#############################
Aku takdela nak percaya sangat benda ni selagi tak da black n white. Apa kesudahan sebenarnya? Tunggu pekeliling 14.4.2016 nanti. Dengarnya pihak kesatuan pun masih berjumpa dengan pihak sepatutnya untuk bincang pasal PT..HOPEFULLY ada la berita baik.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya