Posts

Showing posts from October, 2015

Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Putrajaya

Image
Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Putrajaya telah diadakan pada 24 Oktober 2015, di dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan ,Presint 5, Putrajaya. Ianya melibatkan 18 cawangan KEMAS di sekitar Putrajaya.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Menunggu giliran untuk ambil sijil anak aku, Nurdarwisyah dengan kawan dia setelah selesai penganugerahan Malam sebelum hari konvo,cikgu anak aku wassap gitau anak aku terpilih sebagai salah sorang untuk terima anugerah kanak-kanak cemerlang..dan aku diminta untuk sama-sama naik pentas ngan Eisya..OMG..nervous nya..Alhamdulillah..terpilih mewakili JPM 2..syukur Join Choral Speaking..jenuh gak nak suruh dia wat latihan dan hafal..nasib cikgu-cikgu sabar melatih dorang..so far persembahan tak menghampakan.. After selesai majlis..masing-masing dok wassap kat cikgu ucap terima kasih bagai..anak aku pun cam sedih je nak

Mandi Manda Di Hot Springs, Sg.Klah,Sungkai

Image
Hari minggu baru ni 25 Oktober 2015,aku pergi ke Sg Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai, Perak dengan My Husband and anak-anak serta adik ipar ... Kami bertolak dari rumah mak aku di Trolak..so far perjalanan dari situ takdelah jauh mana kan.. Bagi yang memandu ikut highway dari arah utara atau selatan anda boleh keluar ikut tol Sungkai, belok kiri diikuti papan tanda , yang ikut jalan lama dari utara cam biasa follow je papan tanda hingga melepasi pekan sungkai dan ambil simpang ke sungai klah..dan seterusnya memandu untuk ke destinasi dalam 15 minit gitu.. Selepas letak kereta, sila ke kaunter untuk membeli tiket ... Dewasa: RM15/ kanak-kanak: RM12..harga pun dah naik..dah bayar, wat pemeriksaan dan sambil tu kakitangan pakaikan tag di pergelangan tangan anda ...Selepas itu, if rajin nak jalan kaki silakan,cam aku yang sedang membawa kandungan ni of course lah akan pilih naik tram yang sedai menunggu untuk hantar pelawat ke destinasi..naik je takde bayaran p

Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

Image
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini. BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan se