Penjagaan Pokok Orkid-Edisi Suami

Pokok orkid ni husband aku bawa balik...terkejut mak..jenuh le aku nak 'ngadap' pokok ni lak..nak jaga bagai..cantik memang la tapi kalau dah dasar pemalas nampak gayanya tak bertahan lama pokok tu kang..
ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu. Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyeleng­garaan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.
-HMETRO
My husband..sedang membelek pokok orkid dan memindahkan nya ke dalam bekas. Serius aku malas dan tak reti nak jaga pokok-pokok gini..tak de masa masalahnya. Banyak lagi kerja rumah lain aku nak wat..huhuh. So aku serah kat dia la ye tolong jagakan.Pandai bawa lik pandai le jaga ye dak.Kene siram hari-hari lak tu.Arhh..malas!

Nisbah campuran media juga penting bagi menjamin pertumbuhan yang baik.

Contoh-contoh media yang biasa digunakan ialah arang, batu-bata, habuk kayu, spaghnum moss, tunggul kayu, sabut kelapa, akar paku pakis, tempurung kelapa dan tanah campuran.

Ada juga orkid yang tidak memerlukan media untuk hidup di mana boleh digantung sahaja, seperti Vanda. Bagi kaedah ini penyiraman yang kerap diperlukan.
Umumnya orkid memerlukan persekitaran yang panas pada siang hari dan keadaan yang sejuk pada malam hari.

Keperluan air pula adalah bergantung kepada jenis media yang digunakan yang kebiasaannya disesuaikan dengan sifat pertumbuhan orkid yang ditanam, keadaan persekitaran yang berkait rapat dengan suhu dan peringkat pertumbuhan iaitu usia orkid tersebut.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya