"PPA1M" rumah mampu milik khas untuk penjawat awam

8:21 am


Kerajaan akan melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) tidak lama lagi yang menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam.

sebanyak 10,000 unit kediaman berkenaan akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Katanya PPA1M bertujuan membantu penjawat awam membeli rumah di bandar besar yang pada masa kini berada di luar jangkauan kuasa membeli mereka.

"Harga rumah mampu milik akan ditawarkan dalam lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi serta dilengkapi dengan segala kemudahan asas yang diperlukan.

**tempat lain may be JB kot..tak pasti
**rumah ape?cam apartment je
**agak2 ada chance ke nak dapatkan rumah tu..kat Putrajaya mau berebut ni

You Might Also Like

0 omelan