Selamat Hari Kebangsaan
 
Detik 12 malam nanti genaplah sudah negara kita menyambut KEMERDEKAAN nya yg ke- 53  tahun.Memandangkan era kepimpinan DS Najib b'konsepkan 1Malaysia  maka tema slogan itu jugak turut diaplikasikan dalam tema perayaan kemerdekaan kali ini.   1Malaysia Menjana Transformasi. Sambutan dihangatkan dengan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang  di Kangar pada 1 Ogos lalu..kemudian akan diikuti dengan acara  Perbarisan & Perarakan di Stadium Putra Bukit Jalil esok dan diakhiri dengan perayaan Hari Malaysia 16 September nanti di Padang Merdeka Kota Kinabalu.   Bapa Kemerdekaan: Tun Hussein Onn,  Perdana Menteri ketiga,  dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru merupakan anak sulung   kepada pasangan Dato Onn Ja’afar dan Datin Halimah. Dari jurai keturunan  keluarga yang aktif dalam bidang politik merupakan cucu kepada  Dato’Jaafar. Pada 15 Januari 1976, bertempat di Istana Negara, Tun  Hussein telah mengangkat sumpah dan secara rasmi telah dilantik sebagai  Perdana Menteri Mala...
 
 
 
 
 
 
