Perlu bijak hias dinding

RUANG dinding yang dibiarkan kosong tanpa warna atau unsur hiasan menjadikan suasana kediaman kelihatan muram dan kurang ceria. Bukan bermaksud ruang yang kosong perlu diisi di segenap penjuru kerana sesetengah konsep dekorasi tampil menarik biar pun dinding tidak dihias keseluruhannya. Kreativiti anda dalam memilih konsep dekorasi terbaik lebih memberikan sudut pandangan berbeza jika tata hias dinding tumpu diberi perhatian.

Berikut beberapa panduan asas yang dapat membantu anda untuk menyerlahkan gaya penataan di dinding tumpu:

 Pilihan warna dan cat dinding unsur paling penting untuk dinding tumpu biarpun hanya satu ruang dinding diwarnakan kerana ia cukup membezakan penampilan keseluruhan ruang. Pilihan warna perlu lebih kuat atau menyerlah daripada dinding lain di ruang terbabit sebagai daya tarikan. Warna dinding tumpu tidak seharusnya sama dengan warna fabrik langsir atau sofa. Bagaimanapun, anda boleh mengambil salah satu warna daripada dua kemasan terbabit.

 *Bilik tidur Kombinasi dua warna iaitu merah hati dan krim amat sesuai diketengahkan sebagai dinding tumpu Ia secara tidak langsung menyuntik suasana romantik.

 *Ruang tamu Dinding tumpu yang ingin diwujudkan perlu bertentangan dengan pintu masuk. Jika terdapat halangan, pilih dinding kiri atau kanan ruang berkenaan. Penataan lebih menyerlah dengan kombinasi biru dan biru putih. Ia memperlihatkan ruang lebih luas serta terang. Pilihan rona krim juga tidak kurang menariknya Dinding tumpu yang tidak seharusnya sarat dengan hiasan dinding. Cukup sekadar gaya hiasan ringkas supaya fungsinya sebagai titik tumpu ruang berjaya ditonjolkan

Sumber:Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya