Posts

Beriadah Di Hujung Minggu

Image
Pagi Ahad baru ni kami sekaluarga bersiar-siar menikmati bayu laut kat Pantai Kelanang, Banting...masa sampai kat sane air surut lagi..ade masa tertentu air pasang ni..so just melihat panorama sekitar pantai sajalah..nak mandi better gi Bagan Lalang tak pun PD ja..hehhee..kalu dari Putrajaya ni xdelah jauh mane pun..lebih kurang 40 minit je leh sampai..Antara Pantai terdekat lain ialah Pantai Morib,Bagan Lalang dan PD(sekadar menyebut beberapa pantai) Petangnya..ke Putrajaya Shangri-La beriadah..main badminton and bola dengan anak-anak..time begini lah nak luangkan masa pun..aktiviti yang sihat untuk sekeluarga.. Menarik di Shangri La ni..kita boleh melihat Putrajaya dengan menggunakan teropong yang disediakan ..alah yang cam ala2 kat KL Tower tu..tapi kat sini ade 2 buah je..kedudukan Shangri La di atas bukit ni menampakkan lagi wajah Putrajaya yang cantik ni..heheh.. Kelihatan juga Plaza Mercu Tanda yang berbentuk ala2 Tengkolok ja ha..cantik tak..Putrajaya Landmark ialah mercu tand...

Tolong sebarkan email ini di blog/mel anda

Image
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan y...

CUEPACS mahu 2 bulan bonus

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2011, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini. Presidennya, Omar Osman, berkata permohonan untuk kira-kira 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara itu sudah pun dibuat oleh kesatuan berkenaan kepada kerajaan tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan masalah kegawatan ekonomi. “Berdasarkan perkembangan semasa, keadaan ekonomi negara kini sudah pun kembali pulih. Jadi, saya berpendapat seluruh penjawat awam di negara ini amat berharap kerajaan dapat memberi berita baik kepada mereka menerusi pemberian bonus dua bulan gaji. “Ini penting kerana pemberian bonus berkenaan secara tidak langsung akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Tekni...