Belajar Kenali Duit

Pada 30.12.2019 yang lalu, sempena cuti akhir tahun, aku dan suami gagahi juga untuk bawa bebudak kesayangan kami ni gi melawat tempat yang patut kat KL. Destinasi dipilih ialah di Muzium & Galeri Seni Bank Negara yang terletak di bangunan Sasana Kijang Jalan Dato' Onn Jaafar KL. Kalau tak tau kat mana sila waze/GPS ya..xkuasa nak terang lokasi😸. Muzium ni ada 4 aras. Masa sampai kome kena daftar buku pelawat dulu kat kaunter khidmat pelanggan tu. Dah tulis nama bagi deposit RM10 untuk dapatkan coin locker. Kena simpan handbeg/porch kat dalam locker tau. Nanti duit tu dapat balik la lepas kome dah bis jelajah. Deme xheran le nak amik. Dalam muzium tu belambak duit, apedehal! Tengok tu terowong satu juta..mau x rambang..rasa cam mmmmm gerem jer. Memula kat aras bawah terdapatnya Galeri Kanak-kanak.. kat sini la ada terowong sejuta hengget tu. Duit betul weh..sabor jele iman ni..tengok si Nia tu..dah mula berangan nak beli apa dengan sejuta tu..ish..ish..ish..anak s...