Posts

Showing posts from 2017

Expo Negaraku 2017

Image
Expo Negaraku 2017 ini dibuka mulai 15 November sehingga 15 Disember 2017. Terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Ianya merupakan sebahagian usaha dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara, khususnya terhadap pembangunan yang dikecapi selama ini. Merupakan antara projek pembangunan yang dilaksanakan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Bertempat di Dataran Merdeka, sebanyak lima kubah didirikan yang menghubungkan pintu masuk utama, memperlihatkan prasarana yang dibina khas untuk ekspo infrastruktur berkenaan. Pelbagai informasi dan tayangan simulasi dipaprkan di dalam kubah tersbut mengikut kategorinya seperti telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, dan sebagainya. Kubah 1:Tema: Rasa Bertuah Dirasai Bersama Kubah 2:Kemudahan Infrastruktur Kubah 3:Kehidupan dan kesejahteraan Kubah 4:Gaya hidup Malaysia Kubah 5:Masa depan kita Memandangkan program tersebut telah tamat, adaldh disyorkan ianya dia

Kursus di Benum Hill, Raub

Image
Dah lama tak keluar berkursus di luar kawasan..sekali dapat emel,nama naik lagi untuk gi kursus kecemerlangan PT..aduhai berat hati sungguh nak gi..dalam kepala fikir anak dan suami je..jenuh la mr husband nk urus anak nanti..setelah berbincang akhirnya pergi jua aku menyertai kursus tersebut. Bermulalah perjalanan dari Putrajaya ke Raub yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Kursus bermula pada 15-17 November 2017 (3 hari 2 malam la di sini). Pintu masuk Kem PLKN Benum Hill Resort,Raub.  Antara aktiviti pagi.. senaman  Pepagi berkabus dan segar je di sini.. dikelilingi bukit bukau dan pepohon hijau.  Laluan yang digunakan untuk ke dewan..pokok sepanjang jalan. Dinginnya di pagi ini..sepi hatiku.. eww  Air terjun buatan yang mengalir di tasik madu  Tempat makan atas tasik...terapung dek tahanan kelong.cam sesuai untuk wedding dalam taman.. photoshoot.  Teratai tak layu di tasik madu..kembang aje waktu pagi n mala

Kelapa Leleh Kampor

Image
Pelbagai jenis ABC dalam tempurung kelapa pandan dan ditambah dengan kelazatan ais krim pelabagai perisa dihidangkan di kedai ini. Ianya terletak di tepi laluan utama jalan Persekutuan pekan Kampar dan berhadapan dengan Masjid An-Nur.  Selain daripada ABC terdapat pelbagai menu makan yang disediakan antaranya western food, shellout, char kuey teow n masakan panas yang lain. Ni antara menu pilihan hari tu..Laksa Sarang..murah dan sedap..banyak pun ye..RM4.50 Buah, bijirin,coklat,kek,ais krim..tu dia..cukup la..anak-anak paling suka Hot menu..Jumbo Lelesedap baq ang..makan 4 beranak cukup.. menu yang ada 

Pengalaman Naik Cable Car di Genting Skyway

Image
Genting Highlands (Tanah Tinggi Genting) terletak di sebuah perbukitan yang berada di antara sempadan Pahang dan Selangor.Merupakan antara puncak gunung dari pegunungan Titiwangsa di Malaysia serta menjadi tempat resort terkenal dengan nama Resort World Genting.  Plan asal kami hendak ke Genting Premium Oulet (GPO) yang baru dibuka pertengahan tahun lalu untuk kunjungan orang awam. Ini merupakan oulet kedua selepas Johor Premium Outlet. Well, kalau pergi sini memang rambang mata la. Terdapat lebih 150 jenama yang menawarkan harga yang agak berpatutan. Kalau jenis yang tak kisah pasal ongkos, leh la shopping kat sini dengan pelbagai jenama berkualiti. Kami ni takde le nak shopping. Just tengok sikit-sikit, dah bosan.Hahahah. Actually hati melonjak nak naik cable car. Masa singgah solat di masjid berhampiran GPO ternampak deretan cable car turun naik. Kebetulan dalam GPO tu ada stesen cable car untuk kita naik terus ke Awana Resort. Tanpa berlengah terus ajak husband gi stese

Disiniland Agrofarm & Resort, Batu Kurau

Image
Disiniland merupakan zoo mini di Batu Kurau. Namun taman ini bukanya seperti zoo yang dipenuhi oleh pelbagai binatang juga binatang eksotik. Pendek kata, ianya lebih kepada binatang peliharaan yang kebiasaanya dapat dilihat dengan lebih dekat. Selain itu, terdapat aktiviti seperti menunggang kuda, memanah,naik ATV,memanah berkuda dan memancing ikan . memancing ikan talapia memanah.. tu dia..habis dibalunnye husband aku memanah..patut 10 peluru je tapi dia over dah.. menunggang kuda..boleh naik dua orang.dewasa n budak ye naik ATV..hah ni pun leh naik berdua tapi budak sorang dan dewasa la Jarang nak tengok unta secara dekatkan..ni la dia si Minah dan Abu yang juga boleh dilihat secara dekat, nak pegang dan bergambar. Antara binatang yang ada antaranya seperti kuda, unta, burung, rusa, arnab, burung (lebih 15 jenis spesis) dan unta. Anda juga boleh membeli makanan untuk binatang yang dijua. ayam kuda meh pegang kuda