BERCUTI DI RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PORT DICKSON

4:34 pm

Salam Isnin semua..hari ni nak citer pasal percutian aku ke Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson atau Putri Beach Resort.Sebelum ni aku dah gunakan 2 perkhidmatan rumah peranginan persekutuan iaitu di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi - Federal Villa dan Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.

Kelayakan bagi memohon rumah tersbut meliputi semua Kakitangan Awam Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun.Tempahan boleh dibuat melalui portal Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM.Siapa yang nak mohon boleh le usha link2 di atas ye.

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson diuruskan oleh pihak swasta yang dilantik oleh kerajaan iaitu Putri Beach Resort (Tunas Larut Enterprise).Apartment yang aku amik ni bayarannye RM115/night.Aku amik 3hari 2malam so total cuma RM230.Baloi la..3 bilik siap ade kolam and pantai.
Lokasi:
KM 18,Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-6625555
View dari apartment..nampak kolam renang dan pantai..berendam sakan aku weh dengan anak2 n suami..siap bbq lagi..
View dari apartment..keindahan pantai lagun biru berhampiran penginapan.
terdapat 3 bilik..ni bilik kedua..bilik ni dengan bilik kedua kongsi tandas erk..kat tandas depa ade hair dryer..master xde le pulak..mana pegi da.. 
bilik ketiga..tetap selesa..
bilik aku..master bedroom..tengok siap sejadah atas katil tu..dalam bilik master of course le ade tandas..iron baju pun disediakan
ruang tamu
ruang makan dan dapur..tidak dibenarkan memasak ye..ringan2 tu boleh kot..ade peti sejuk dan cerek air panas..
view dari luar..masa ni kat pantai amik gambar belakang apartment
lobi putri beach resort..kat sini ade mesin pengurut..penat2 leh la rest n rileks jap urut badan..kiosk kecik pun ade untuk beli cenderahati ,t-shirt dan jajan..

Ok..cukup ni dulu pengenalan apa tentang apartment ni..nanti kita sambung aktiviti kami di sana.

You Might Also Like

0 omelan