Friday, September 13, 2013

# Orang Gomen

Permintaan Cuepacs kepada DS NAJIB pada pembentangan Bajet 2014

Sempena nak belanjawan 2014 pada 25 Oktober nanti (in sha Allah)..macam-macam yang dikemukakan..bagi kami penjawat mesti la tak ketinggalan nak jugak dengar ssesuatu yang menarik.
Cuepacs mengemukakan empat cadangankepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan,  Imbuhan Tetap Perumahan(ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (Cola).

Cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakanperbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mengenai Elaun Sara Hidup (Cola), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) danmereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah)," katanya.
Omar berkata, cadangan itu bukan 'pendesak' sebaliknya mengikut keperluan kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.
JANGAN sembang je kencang.Bab ekonomi kukuh tu tak tahu lerrr teman...

No comments: