Wednesday, January 25, 2017

# Jalan..Jalan

The Shore Sky Tower,Melaka

Hai semua..
sori lama tak update blog ni..sibuk akhir-akhir ni..seperti dijanjikan meh nak sambung cerita pasal The Shore Sky Tower lak yang mana kedudukannya masih di dalam The Shore Shopping Gallery, Kampung Bunga Paya Pantai,Melaka.
First time naik menara tinggi gini benar-benar memberi pengalaman yang berbeza disamping dapat melihat gambaran keseluruhan bandar Melaka. Terletak di tingkat 43, ia adalah struktur buatan manusia tertinggi di Bandar Melaka dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan iaitu pandangan 360 ° dan sehingga 50 kilometer di setiap arah .

Berjalan di sekitar bumbung, dek(deck) yang dibina daripada kaca membuat kita boleh melihat melaluinya. Kemudahan teleskop juga ada disediakan untuk teropong pemandangan Bandar Melaka. 
Selain itu, kita juga boleh melihat pemandangan di bawah kaki dengan lantai kaca di Sky Deck. Gayat! First nak langkah ke situ memang ketar kaki, ya saya memang agak takut pada ketinggian..Rumah pengasuh yang tingkat 11 hari-hari saya pergi tu pun masih tak berani nak jenguk kat tepi-tepi koridor.Huh, rasa cam 'ringan' je badan ni nak melayang :)
Seronok jugak berjalan-jalan sambil menikmati angin dari puncak bangunan yang tinggi ni. Sebelum pulang ambil peluang bergambar deck lantai tu.Perkhidmatan jurufoto disediakan.No camera sendiri ya kat deck kaca ni. Caj dikenakan untuk sekeping gambar RM45 siap print.Boleh pilih gambar mana yang korang rasa molek untuk diframekan.

Harga tiket:
Adult - RM25.00
Children - RM18.00
ioll dapat tiket free 2 keping untuk dewasa daripada Utusan..so dah jimat..cuma tambah 2 tiket lagi untuk anak yang darjah 2 dan 3 tu. If nak tiket free rajin-rajin la join contest.Ada rezeki merasala pergi mana-mana atau lakukan aktiviti lain.

2 comments:

Ann Ishak said...

tak tau ada tempat macam ni di bandar melaka :D

Kakzakie Purvit said...

Jgn tak tahu kakak ni tak pernah lagi naik situ
Selalu ke Melaka (yelah Johor - Melaka bukan jauh sangat) tapi itulah asyik tak ternaik lagi sampai hari ini.