BARANG TERBUANG DAN DIBUANG
.jpg)
Barang Terbuang Dan Dibuang Tidak kira di mana anda berada, pasti ada sahaja barang-barang terbuang yang dapat anda lihat. Di dalam rumah, di luar rumah malah dimana-mana sahaja. Ada yang dibuang kedalam tong sampah dan ada juga dibuang merata-rata. Kemanakah barang-barang buangan atau sampah-sampah ini akan pergi? Ianya tidak akan ghaib begitu sahaja. Ada yang diangkut ketempat pelupusan sampah dan ada juga yang akan terus terbiar begitu sahaja. Pengakhirannya sama ada ia akan tertimbus dan hanyut lalu mereput atau terbakar menjadi abu. Tapi ada satu lagi kemungkinan dan ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang ini iaitu dengan kitar semula. Kitar semula melalui proses pengilangan untuk dijadikan bahan asas semula atau di guna semula dengan cara yang berbeza rupa bentuk dan fungsinya. Idea Kreatif Barang Terbuang Kreativi...