FAMILY SERVICES & BIZ

Selasa, April 30, 2013

Kerja Luar

Salam semua..lama kot tak update blog..serius tak sempat jenguk..April dan Mei terlibat dengan kajian audit.Mula 15 April hingga 23 Mei 2013.Beberapa tempat dijelajahi..bukan jelajah sempena PRU ye tapi ni berkaitan kerja.Keluar audit

Baru ni kene gi Kuantan dan Kemaman.First time keluar jauh.Merasa la suasana kerja di luar.Naik turun kapa/bot.Buat pemeriksaan.Thrill bagi aku sorang wanita.Group aku sume lelaki...then bila gi ke tempat operasi of course le penghuni kapal kebanyakkan adalah lelaki.Sebagai sorang isteri dan wanita haruslah aku menjaga diri dan tingkah laku sebaik mungkin..hehhe.Aku baik2 je.
Sampai sana dok kat Hotel Grand Continental,Kuantan.OO..sunyi kot bila malam dok sesorang kat bilik.Tiada teman.Time ni le wat aku teringat kat anak-anak dan husband.
Ni antara kapal yang kitorang check dan wat test speed
Dalam kapal
Anggota Maritim memberi penerangan
Ronda-ronda jap dengan salah sebuah kapal..tengok kelajuan dan condition
Tengok tu..nampak laluan kapal dibawa dek air dengan jelas kan..Time ni best gakla..amik angin,huaahhaa..
Aku steady lagi..nasib tak de mabuk2 laut.Tapi bila dah balik dari kerja malamnya baru terasa seolah 'bergoyang-goyang' lak..akibat kesan gerakan di laut tadi.Beberapa hari kat sini agak panas,dan aku hampir nak demam pun ade..yele dok keje tempat gitu..dok dalam kapal pun panas kot..panas laut pun ye..

Kitorang juga turut membuat pemeriksaan di Pangkalan Maritim Kemaman..ni pergi hari ja..takdele jauh mane dari Kuantan..on the way lik Kuantan sempat singgah beli keropok lekor bawak lik Putrajaya nanti.Tu jele.

Next week,selepas dari balik ngundi akan ke Johor Bahru pulak..belayar lagi.Then jika tida halangan mungkin ke Langkawi dan Lumut.Adoii..sian anak-anak aku kene tinggal lagi.Dan lagi satu waktu bilanya aku nak studi ni wei..exam tak lama lagi dah.Hancuss.

Sabtu, April 27, 2013

SENARAI PARTI POLITIK DI MALAYSIA



Terdapat 31 parti politik di Malaysia yang telah berdaftar simbol dengan SPR bagi kegunaan semasa pilihan raya mengikut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.



parti yang berdaftar dengan SPR 



simbol calon bebas 


Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...