Adakah anda perasan
yang passport bagi seluruh negara di dunia hanya ada 4 warna sahaja iaitu
merah, biru, hijau dan hitam. Setiap warna ni mencerminkan negara tertentu dan
kebanyakkan negara memilih warna merah dan biru. Setiap negara ada kebebasan
untuk memilih warna passport sendiri.
Passport negara kita
Malaysia tentulah berwarna merah. Tapi kenapa ada 4 warna sahaja dan ada maksud
apa-apa ke disebalik warna ni? Di sini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan
warna passport ni supaya kita takdalah tertanya-tanya kenapa negara ni warna
lain negara tu warna lain.
HIjau
Kebanyakkan negara Islam
memilih warna hijau kerana ia simbol alam semula jadi dan kehidupan. Hijau juga
digunakan negara-negara Economic Community of West African States (ECOWAS)
seperti Nigeria dan Ghana.
Biru
Menurut Vice
President of Marketing Passport Index, Hrant Boghossian passport berwarna biru
adalah untuk ‘negara-negara baru’ seperti Brazil, Argentina dan Uruguay.
Indonesia juga menukar warna passport dari hijau kepada biru pada tahun 2014.
Hitam
Pasport bersampul hitam
tampak lebih elegan dan resmi. Beberapa negara yang menggunakan sampul hitam
antara lain Republik Bostwana, Zambia, dan Selandia Baru.
Merah
Passport berwarna merah
pula dikatakan untuk negara yang menyertai negara-negara Uni Eropa dan negara
yang tertarik menyertainya.
Untuk makluman semua , passport Malaysia boleh melawat
140 buah Negara.
No comments:
Post a Comment