Posts

Showing posts from January, 2015

BIDOR STATION KOPITIAM

Image
nama Bidor Station dipilih bagi membangkitkan nostalgia silam pemiliknya juga pelanggan yang hadir terutama yang berasal dari negeri Perak. Ini kampung saya Sungkai.Setiap meja mempunyai papan tanda yang mengambil nama sempena stesen kereta api dari Kuala Lumpur hingga Taiping. Slim River..jiran kampung mama saya. Contoh menu yang ada:Nasi kemanggi dengan ayam kampung , sup , sambal bachang dan ulam timun Contoh menu yang ada:Nasi goreng bidor .ikan rebus goreng ada petai ,sambal belacan dan timun Selain nasi goreng Bidor, mi rebus, laksa, mi kari dan mi udang antara yang menjadi tumpuan. Nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo turut diminati. Pilihan popular lain seperti nasi goreng Mak Uya, mi udang Nyonya, nasi lemak dan nasi goreng ayam Ringgo.  laksa bidor...oh my favourite food.. aneka lempeng..harit u try lempeng pisang..sedap gak..aiseh teringat-ingat kat lempeng ni haih..bila nak gi lagi ni..try lempeng lain lak.. Lokasi:

Langkah Ceria @ Putrajaya Edisi Januari 2015

Image
Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Program “Langkah Ceria @ Putrajaya & Kempen Kibar Bendera W.P Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 25 Januari 2015 (Ahad) lalu di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. YB Dato’ Seri Utama Tengku Adnan b. Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan juga telah merasmikan pelancaran Bendera Wilayah Persekutuan, bersempena “Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2015”. Lebih kurang 5,000 orang menyertai acara ini yang terdiri daripada orang awam, penjawat awam, pelajar sekolah dan komuniti Putrajaya. Acara dimulakan dengan ucapan oleh YB Menteri Wilayah . Selepas itu, diikuti sesi senaman regangan dan pelepasan para peserta. Kali ini acara di bahgiakan kepada dua jarak iaitu 5 Km dan 3 Km. Selama ini kitorang follow je jalan hampir 8km. Kali ni cuma pilih 3km. Stamina dah kurang kot!Takdelah,sebab kesian kat anak-anak yang ikut join sama.Penat kang dorang nak jalan. Memang menyeronokkan bila join aktiviti