Friday, December 04, 2015

# Semasa

Pendaftaran BR1M 2016


Pendaftaran BR1M 2016 akan bermula 5 Disember 2015. Pembukaan kaunter LHDNM dan pendaftaran melalui dalam talian (Portal Rasmi BR1M LHDNM: https://ebr1m.hasil.gov.my/) akan dibuka secara rasminya pada 5 Disember 2015.

Hubungi:

TALIAN HOTLINE LHDNM:

1-800-88-2716 (BR1M)

KEMENTERIAN KEWANGAN :

03-8882 4565 / 03-8882 4566

Perdana Menteri dalam hari pembentangan bajet 2016 mengumumkan kadar baru BR1M:
  • Kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.
  • Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800.
  • Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaituRM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan.
  • kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian.
  • Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberiBR1M setinggi RM1050.

No comments: