Intipati Bajet 2016

2:54 am

BERIKUT merupakan intipati Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, ketika ini:

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini.

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

– Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250

– Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016

– Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi smua sektor kecuali perkhdmatan domestik/pmbantu rumah

– Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

– Had pelepasan cukai naik drp RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016

– Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa

– Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3000 kepada RM4000

– Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000

– Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800

– Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000

– Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan

– Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

– Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam

– Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam brsmaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yg akn manfaatkan 1.6 juta

– SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan

– Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta

– RM50j bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam

– RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir

– Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin

– RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kwsn luar bandar oleh KKLW

– Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel

– Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakn kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit

– Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT

– Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dgn harga di antara RM90,000- RM300,000

– Membina 10,00 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dgn pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah

– Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion

– Untuk pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah, RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti

– Untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, sebanyak RM300 juta disediakan

– Tambahan RM90 juta sbg pinjaman mikro kredit kpd penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina

– RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India

– Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40

– RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India

– TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India

– RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak

– Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak

– MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi

– RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih

– Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun

– Program Baucar Buku 1M yg bernilai RM250 diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf

– Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh MalaysiA

– Bantuan persekolahan RM100 diteruskan, dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,00 ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan RM350 juta

– Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional

– GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik

– GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung

– GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D

– Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas

You Might Also Like

0 omelan